Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Macam ni ke pemimpin negara Islam?
Pae


Administrator

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Macam ni ke pemimpin negara Islam?


This message was posted by Anonymous. I just move it to the proper section. - Pae



Elak Hukum Haram Keliru
Oleh Nurul Hazren Masitom


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara supaya mengkaji terlebih dulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat.

Beliau berkata, menjatuhkan hukuman haram perlu dibuat secara mendalam dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan bukan pihak tertentu saja.

“Kita patut berjaga-jaga dengan kenyataan yang dibuat, kalau tidak akan timbul banyak kekeliruan dan menyusahkan banyak pihak.

“Kenyataan yang menggunakan itu haram, ini haram patutlah dikaji sedalam-dalamnya dan dirundingkan dengan seberapa ramai orang dan akhirnya kalau membuat sesuatu keputusan pun biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri buat keputusan.

“Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah, tidak ada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja.

“Malah, acara seperti ini patut digalakkan kerana memberi sedikit keceriaan kepada rakyat dan merapatkan hubungan antara kaum di negara ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak karnival TV3 Sure Heboh di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Ahmad Farid Ridzuan.

Beliau mengulas keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang mengharamkan konsert TV3 Sure Heboh di sisi Islam kerana ia melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara ini.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata Majlis Mufti membincangkannya, baru-baru ini dan berpendapat konsert TV3 Sure Heboh melalaikan dan oleh itu wajar dihentikan.

Harussani berkata, mereka yang menganjur, menghadiri serta menonton juga haram dan oleh itu majlis seperti itu hendaklah dihentikan kerana Majlis Mufti melihat ia membawa kesan buruk kepada umat Islam, terutama orang Melayu.

Abdul Kadir berkata, sekiranya penganjuran konsert sedemikian sudah dijatuhkan haram, apatah lagi sambutan kemerdekaan dan acara lain.

Katanya, beliau yakin penganjur konsert selalu mengadakan pemantauan bagi mengelak perkara kurang elok berlaku termasuk bersedia menerima pandangan pihak tertentu.

Sementara itu, Ahmad Farid berkata, matlamat TV3 mengadakan konsert sedemikian adalah sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan penonton TV3 di samping mendekatkan hubungan kedua-dua pihak.

Pada masa sama, beliau mengakui perlu meminta pendapat pihak tertentu untuk memperbaiki penganjuran karnival dan konsert bagi mengelak tuduhan tidak berasas.



__________________
aLwaYs OuTnUmBeReD, NevER oUtGUnNeD
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard