Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: beware with some tafsir classes
aje


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
beware with some tafsir classes


(disclaimer: ni bukan forwarded email yg direka2 nak buat kontroversi atau surat brantai dari tahun 1986.. ni member aku sendiri yg tulis and send tadi.. aku personally kenal dier.. and ramai gak kenal dier kat motorola ni pun.. nama dier usamah.. best student mrsm pc batch aku.. scorer masa study kat us.. skrang ade business sendri.. budak baik, mmg bleh percaya)
 
jaga diri berbaik..
 
Khairul Anwar
Mechanical Engineer
Motorola Penang
Phone: +604 850 3987
Fax: +604 612 4914
Email:
khairul@motorola.com
 
 
 
 
Assalamualaikum korang,

I don't do this normally, but since aku pernah diajak and attended some of
their classes, aku rasa responsible untuk sebarkan kat korang. Benda ni
real. And it's really bad. Please be careful korang. Mula2 aku pun pandang
rendah benda camni, but their argument was really persuasive.

My experience was -

Ada seorang member lama contact ajak masuk kelas tafsir. She initially asked
about how was i doing, how's life and lama2 masuk dalam bahagian agama...
last2 dia kata dia masuk this kelas tafsir and it has been a life-changing
experience to her...

Well since niat baik semua, why refuse.... plus mana tau ada awek cun tudung
labuh ke... hahahhaa... plus kalau refuse nampak sangat setan hahaha (masa
ni niat dah lari dah)...

Anyway, ada tiga kelas 'beginner'. And it's very personal. Just you, your
friend and 2 penyampai. Penyampai will dress up nicely, pakai white shirts
mcm gi keje.

Classes tak semestinya satu tempat. In my case, class dia berubah2, once
dekat Dengkil, and once dekat Cheras. Rasanya dia buat dekat rumah members
dia.

The four of you will sit down at this table, and one of the penyampai will
start explaining ayat2 Al-Quran to you. At the same time, dia akan tulis
huraian dia on a whiteboard.

Arguments dia memang persuasive, sebab....

1) Dia akan guna valid copy of Tafsir Al-Quran
2) Dia tahu bahasa Arab and boleh terjemahkan
3) Aku pun bodoh piang bahasa Arab nih.. hahahah... what do you expect from
an ignorant Muslim cam aku... dan aku rasa ramai gak member aku camni
hahahaha....
4) Dia boleh expect most of your questions, and dia akan direct to ayat
Al-Quran yang akan answer that question, though in very general terms...

Anyway, the class will start off pretty harmless. You will first learn the
true meaning of Bismillah. Bismillah, through their huraian, means - hidup
di bumi Allah sebagai khalifah dengan menggunakan peraturan Allah. Pretty
harmless right? Masa tu rasa bangga gak, yeahhhh aku leh tafsir Bismillah
siot.

Second class, dia citer pasal sunnah. Yang bestnye dia citer, sunnah pasal
janggut bla bla ni takpe, tak penting. Yang penting is sunnah nabi buat
negara and lawan kekafiran, and camana nabi buat all those steps. Damn kalau
aku bawak member tabligh gi sini sure kene bantai baiknya. Tp ok so far aku
terima dulu argument diaorg.

Kelas ketiga memang the bomb lah. Tafsir al-Fatihah.... basically dalam
Al-Fatihah ni ada tiga kalimah, aku rasa ubudiah, mulkiyah, rububiyah. So
rububiyah ni basically ketuhanan la. Pastu mulkiyah ni is tempat or kuasa or
throne. And ubudiah ni beribadat. So goreng2 baiknye sampai hangit - the
kesimpulan was Al-Fatihah basically tells us to create a new country in
which kita bertuhankan Allah and beribadat/melakukan peraturan Allah. Hahaha
masa ni sorilah aku punye bull****-o-meter shot up sky-high, so aku politely
refuse the offer from future classes and balik umah fikir baik2, cuba baca2
tafsir and semayang.

Bila aku decide aku dah tanak lagi, my friend and another friend of hers
called me up and ajak jumpa, so that we could discuss casually without the
penyampai around. Time ni basically aku refute balik their arguments using
common sense, and without the penyampai, diaorg pun helpless. They begged me
to come for an 'extra' class, tp aku tolak la. Anyway, antara hujah2 diaorg

1) we do everything ngan bismillah

2) bismillah means kita buat sesuatu dengan 'faham' Allah... cam
communism... but kita ada Allah-ism...

3) faham Allah maksudnya kita duk kat bumi Allah, ikut peraturan Allah

4) peraturan Allah ni ada dalam Quran

5) org yang mencampur-adukkan batil dan haq ni, kira kapir (dia akan quote
ayat al-quran for this one). damn yang ayat ni memang saiko ko baiknye.

6) masalahnya kat msia ni, dah bercampur hak batil (well ni maybe betulla).
so dia akan buat analogy, that's how Mecca was before Muhammad SAW jadi nabi
(org pegi haji + berhala sekeliling Mecca + judi arak pelacuran). So
basically they're saying we are as lost as the Jahiliyah people last time.

7) pastu dia borak pasal Al-Fatihah. Cam aku citer kat atas, basically
kononnya you are one of the early 'mukminin' (konon cam para sahabat awal2
dulu), and Islam is on the rise again, we are giving you this
awareness/kesedaran, and we're creating this country somewhere, and hope
that you'll join us (kat sini dia kata marilah berhijrah.. pergh best siot).
ok part ni aku dah stop dengar aaa....  dia akan kata jugak yang pentadbiran
islam ni berubah2 tempat.. mekah, madinah, mekah, damsyik, turki la... so
dia hint2 la tu.. gerak2... so actually last2 dia akan gi nusantara.... wah
masa ni memang rasa cam da vinci code tak tipu siot.... little bits of clues
strategically located will make you believe even harder.. damn...

8) if you borak2 lagi, dia akan kata benda ni dirahsiakan lama dah.. takut
banyak org would come out and destroy the 'secret huraian'. ulama2 lain tak
tau sebab maybe diaorg dah lost. and diaorg kata, kita ni suka sangat nak
ikut ulama... and dia akan bagi citer kat indonesia, how a small daerah was
so strong that the dutch cannot take over, until they install a munafiq
ulama and sesatkan the whole daerah.

9) dia kata jugak since the lowest jahiliyah point was 1400 years ago...
pastu zaman empayar islam paling besar is 700 years ago.... and now it has
been another 700 years of going downhill... it's all going uphill now... and
this is the one true path... kira cam naik turun la...

10) mcm2 lagi.. tp aku pun tak ingat dah. this was in august, and baru sept
ni lepas research2, aku dah dapat info2 pasal gerakan sesat ni.

Anyway, this is the least I can do, which is to email u guys. I can only go
so far within my circle of friends, tp aku rasa tak cukup. Hopefully korang
leh sebar2kan lagi kat org lain. Benda ni dah kuar Harian Metro aku rasa.
Ada artikel bawah aku cut and paste gak.

Kesimpulannya,

1) Benda camni wujud
2) Yes, you can be deceived, no matter how educated you are, given the right
approach
3) Aku rasa kita semua ada tafsir kat rumah, tapi kita sendiri malas baca.
Aku rasa ni pengajaran 'cash' dari Allah SWT. Ini lesson paling penting
sekali. No excuse.
4) Aku rasa bersalah kalau tak at least spread the word around. Ramai budak
yang baik2 masuk benda ni, ye lah semua dengan niat asal nak belajar agama.
Oh man, all the good chicks.... hahahahahah.....
5) Aku tak alim dooo... jgn ajak aku masuk kelas agama yang terlalu intensif
hahahah...
6) Lastly despite cara aku tulis benda ni maybe lawak + kasar sikit, tp aku
mean well. Harap2 kita semua dapat amal sebaik mungkinlah. Hidup ni kejap.

Usamah Jamaludin / samah / boyan
usamah82@gmail.com / usamah82@hotmail.com (kalau ada inquiries)

Anything below this line aku copy paste dari few websites.

nzarina.blogdrive.com
gerakankahfi.blogspot.com


__________________
aje


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

Continuation from the email above (saje aku split buat 2 entries, kot2 sesapa nak baca sekerat je dulu):


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesantren Zaytun (Negara Islam) / Dauliyah Islamiyah / Gerakan Kahfi

Aqidah dan Pemikiran

1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah,
tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah:

* Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran
perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah).

* Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara
Islam.

* Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.

2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama
dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.

3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.

4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang
menyampaikan da'wah Islam bererti rasul Allah.

5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, namun
manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil ,mentafsir dan membainat
mengikut kehendak nafsu mereka baik ayat muhkamat dan mutasyabihat

6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar
futuh Mekah.

7. Solat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu solat actual dan ritual. Solat
yang lebih utama mahunya Allah ialah solat actual iaitu segala bentuk
aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI.Solat ritual ialah solat lima
waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.

8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang hak dan
ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru,hafazan
ayat Al Quran,dana,program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan
berhijrah ke Negara Islam (bersyahadah dan berbai'ah).

9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk menipu,
mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di luar
golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.

10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan
musyrik termasuk ibu bapa,adik beradik, golongan ulamak kerana mereka bukan
warganegara Islam tetapi umat demokrasi.

11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka
akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.

12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar wang taubat.

13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan
mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.

14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat
berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.

15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang telah
berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.

16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu kepada
yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat
hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .

17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang baru
dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana Lailatul
Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan
berlaku sekali dalam setahun.

18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' bertemu dengan
pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.

19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan
kahfi.

20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang
ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda tunggangan serta orang
suruhan ulul amri mereka.

21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan
apabila diminta berbuat demikian.

22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat mahunya Allah kerana tujuan
Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung
disebalik mengerjakan ibadat haji.

23. Pengagihan wang zakat bukanlah kepada asnaf yang ditetapkan tetapi juga
boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.

24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.

25. Rasulullah tidak 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah buta
huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan
kepadanya.

26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu
'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah Islam
di zaman Nabi Muhammad.

27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail
tetapi kumpulan pemuda kahfi di zaman itu.

28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah
dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan tertegaknya
negara Islam dari Adam hinggalah kerajaan Turki Othmaniah.

29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah
yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa
(framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah.

Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh :

1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh Mekah
6) Ekspansi (penyebaran ke seluruh dunia)

30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena
dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.

31. Menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk,malah ia boleh dilontar,
dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia buatan manusia. Yang lebih penting
ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.

32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak
diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang
seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.
Modus Operandi

A)Pemilihan ahli
Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah
menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam 'bank
nama' untuk direkrutkan. Sebelum individu dibenarkan berjumpa dengan prospek
,ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk
menjalankan Iqra' 1. Proses ini amat penting untuk menjamin survival
kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang
diperlukan:
1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta dan kaya
3.Sihat dan tidak cacat
4.Bukan anggota keselamatan
5.Belum dipengaruhi sebarang ideology lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan muallaf

Setelah selesai mendapatkan detail tersebut dan melepasi ciri -ciri yang
dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat Iqra' 2 dan membuat temujanji
dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama dalam
organisasi ini yang bertindak sebagai pemancung bagi mematahkan hujah-hujah
prospek. Al Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka.
Di penghujung Iqra'2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian
tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi
ini.

Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum
layak mengikuti sesi hijrah pertama:

1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan

Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya
kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka..
Jika dilihat seakan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali ayat
yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal di
dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.

Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan RM
70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan Islam'
(SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta membayar
lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira
sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang. Ada
yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan adalah
sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang RM 3600.00
dan passport antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam.

Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal 5
pagi. .Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu.
Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke
tempat yang ditetapkan.Sebelum perjalanan dimulakan, mata hendaklah ditutup.
Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh.

Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di
'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan
dijalankan pada hari tersebut. Pada jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan
sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang
diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI
tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.

Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:

1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District -PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus

B) Method Dakwah

Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program
berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali
leher, berseluar panjang dan berkasut. Bagi perempuan pula, cukup dengan
berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli dikehendaki
menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang
disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap individu
mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI
meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada surah
tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman
mereka tentang ayat tersebut. Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu
untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak ada seorang pun yang
menjawab mengikut seperti yang dikehendaki. Sebarang persoalan dibenarkan
untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka
tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir dan
diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum kelas
berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada
program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan. Program
berakhir jam 11 malam.

C) Infaq

Infaq merupakan parameter terpenting dalam menentukan tahap keimanan
individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki
membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu.
Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang bathil ini pun bermacam
cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam
lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda berjihad
harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan
ialah:

1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Pendidikan
5.Projek Mega
6.Taifah ( office )
7.Granite
8.Sedekah Program Khas ( Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah

Bayaran lain pula adalah seperti (58:12) setiap minggu, program kepimpinan,
SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang -barang
pejabat dan stationary. Pembelian wajib yang 'diturunkan' oleh ulul amri
seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya
amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM
1000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.
Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan
keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu RM
3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti
yang diperjuangkan. Ia adalah satu aliran agama baru yang bertopengkan
ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang dahagakan ilmu agama.Ia juga
boleh di kategorikan sebagai golongan Islam Liberal dan Anti Hadis. Kepada
sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang
belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.

   
Thursday, September 14, 2006
Edisi Tengah: Cuba cari pengikut

sumber

Edisi Tengah: Cuba cari pengikut
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengakui ajaran sesat Daulah
Islamiyah Nusantara (Din) pernah cuba bertapak di negeri ini bagi mencari
pengikutnya tahun lalu.

Bagaimanapun, pengikut kumpulan berkenaan dikatakan lenyap dalam tempoh
beberapa bulan ketika siasatan dijalankan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pergerakan
ajaran sesat Din sukar dikesan berikutan kumpulan ini tidak mempunyai markas
di negeri ini.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diberikan seorang pengadu, pengikut
ajaran sesat Din hanya menumpukan pekerja di sektor industri di negeri ini.

“Aduan itu diterima Oktober tahun lalu dan pengadu terbabit mendakwa ahli
kumpulan berkenaan terlalu berahsia sehinggakan pengikutnya akan ditapis
secara teliti oleh orang atasannya sebelum diterima masuk.

“Pengadu turut mendakwa kumpulan ajaran sesat Din berpusat di Kuala Lumpur,”
katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, ajaran sesat Din atau Gerakan Pemuda Kahfi
yang pernah aktif di negeri ini dan Melaka tidak lama dulu, dikesan masih
bergerak aktif di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Malah, pemimpin gerakan itu bijak mengelak daripada dikesan pihak berkuasa
dengan menggunakan taktik sentiasa berpindah dan tidak mempunyai markas
khas.

Ajaran sesat itu menghalalkan pengikutnya menipu, dosa boleh ditebus dengan
wang dan mensasarkan golongan berkemampuan seperti ahli korporat.

posted by Al-kahfi @ 7:58 PM
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran

sumber
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran

SEREMBAN: Ajaran menyeleweng Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau Gerakan
Pemuda Kahfi menggunakan taktik memberi tekanan psikologi kepada orang
tertentu yang berminat mendalami agama untuk mempengaruhi mereka mengikuti
fahaman terbabit.

Modus operandi yang digunakan adalah menerusi menyediakan kelas tafsir
al-Quran yang hanya disertai empat orang dengan tiga daripada adalah anggota
ajaran itu manakala seorang lagi orang baru.

Dengan cara itu, mereka memberi tekanan terhadap orang baru sehingga
mempengaruhi untuk mengeluarkan ‘wang saraan’ bulanan kepada pergerakan
terbabit.

Lebih mengejutkan, berdasarkan maklumat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
terdapat beberapa individu bergelar VIP dan ahli politik terjebak dalam
pergerakan itu.

Ketua Biro Dakwah Abim, Rahimi Abdul Rahim, berkata berdasarkan maklumat,
pintu masuk kepada ajaran itu adalah menerusi kelas tafsir al-Quran.

“Mereka akan memberi fahaman baru kepada al-Quran, Islam, Sunnah, jihad
sehingga membawa kepada unsur penyelewengan seperti meringankan solat iaitu
hanya boleh ditunaikan melalui niat saja.

“Namun, ramai di kalangan pengikut ajaran itu sudah kembali ke pangkuan
Islam sebenar selepas menyedari diperalatkan dan dikelirukan apabila mereka
perlu memberi wang bulanan antaranya wang taubat berjumlah RM300 dan wang
hijrah antara RM1,000 hingga RM3,000,” katanya yang dihubungi di sini,
semalam.

Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu bagaimanapun berada dalam
ketakutan kerana menerima ugutan atau ancaman.

“Tetapi didapati ancaman itu hanya ugutan dan tiada kejadian jenayah
berlaku,” katanya.

Menurutnya, Abim sedang mengumpul maklumat berhubung pergerakan itu tetapi
menghadapi masalah kerana kebanyakan bekas ahli tidak dapat memberi maklumat

posted by Al-kahfi @ 7:54 PM
Teman Wanitanya Dijerat Al-kahfi

sumber

Edisi Tengah : Jebak dakyah Pemuda Kahfi
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Ajaran sesat Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau Gerakan Pemuda
Kahfi yang pernah aktif di negeri ini dan Melaka tidak lama dulu, dikesan
masih bergerak aktif di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Malah, pemimpin gerakan itu bijak mengelak daripada dikesan pihak berkuasa
dengan menggunakan taktik sentiasa berpindah dan tidak mempunyai markas
khas.

Ajaran sesat itu menghalalkan pengikutnya menipu, dosa boleh ditebus dengan
wang dan mensasarkan golongan berkemampuan seperti ahli korporat, pegawai
tinggi kerajaan, pensyarah serta ahli politik sebagai anggota.

Seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman mendakwa, dia
berpura-pura menyertai ajaran sesat itu beberapa bulan lalu untuk mengetahui
punca perubahan sikap teman wanitanya.

Katanya, dengan penyamaran itu, dia diberikan satu artikel ditulis seorang
lelaki bernama Syahid Redha.

"Artikel itu menyatakan gerakan ajaran yang dinamakan Gerakan Ajaran Pemuda
Kahfi aktif di Malaysia sejak 10 tahun lalu," katanya kepada Harian Metro,
semalam.

Azman berkata, artikel itu turut menyertakan 28 akidah dan falsafah ajaran
itu yang perlu dilaksanakan pengikutnya.

"Jabatan agama Islam perlu melakukan tindakan tegas kerana ajaran itu
menghalalkan perkara diharamkan," katanya.

Menurutnya, ajaran sesat itu menganggap mereka yang tidak menyertai gerakan
itu sebagai kafir, munafik dan musyrik termasuk ibu bapa, malah golongan
ulama.

"Dipercayai gerakan ini bermula dari sebuah sekolah agama swasta di Jawa
Barat, Indonesia dan mereka tidak mempunyai markas tetap bagi mengelakkan
pergerakan dikesan pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, pemimpin ajaran itu menggunakan pelbagai nama samaran dan hanya
muncul dalam program tertentu menyebabkan kebanyakan ahli tidak mengenali
siapa pemimpin mereka.

"Lebih mengejutkan, satu daripada ajaran itu mendakwa menyentuh kitab suci
al-Quran tidak perlu berwuduk, malah ia boleh dilontar, dipijak, dihempas
dan diludah kerana hanya pelaksanaan isi kandungannya perlu diutamakan,"
katanya.

Taktik ajaran itu menyerahkan nama orang yang difikirkan layak untuk
dimasukkan ke dalam `bank nama' bagi tujuan direkrutkan.

Ciri-ciri individu yang diperlukan adalah tidak terlalu tua, berharta, tidak
cacat, bukan anggota keselamatan, belum dipengaruhi sebarang ideologi dan
bukan mualaf.

Sehubungan itu, Azman meminta pihak penguat kuasa bagi membanteras ajaran
sesat itu sebelum lebih ramai terpengaruh.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),
Fakhrul Azam Yahya, berkata pihak berkuasa agak sukar mengesan pergerakan
itu kerana ia tidak mempunyai markas tetap.

"Malah, kami turut mendapat maklumat bahawa pengikutnya akan ditutup mata
setiap kali dibawa ke markas tertentu bagi mengelak mereka tahu lokasi
terbabit," katanya yang dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta pengadu atau orang ramai yang mempunyai
maklumat supaya menghubungi Jais.

"Pihak kami memerangi ajaran sesat di sekitar Selangor untuk mengelakkan
orang ramai terjebak," katanya.

posted by Al-kahfi @ 12:51 AM
 

 



-- Edited by aje at 19:02, 2006-09-20

__________________
aje


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

sesapa yg ada member yg join bende ni, elok gak ingatkan derang suh balik smula ke pangkal jalan...kalau tak takut hukuman kat 'sana', hukuman kat sini pun bole tahan gak, e.g. ISA, deathrow (i still can remember reading al-maunah recruitment ads in newspapers long time ago...seemed so harmless at that time...but see what happen now, the leader got a deathrow, the rest got life sentence...)


wassalam.


 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard