Next month our alumni, IKMAL will held its 7th Annual General Meeting at SMAPL. Lunch is provided, so let's jom gi meeting & mamam ramai-ramai kat skolah this 6th of August. Pastu sebelah petangnye ada football 'battle of the batch', maka marilahhh~!!!
Notis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7
21 Jun 2006 / 24 Jamadil Awwal 1427
Kepada Ahli –Ahli,
Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (IKMAL)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
YB/YBhg./YM/Tuan / Puan / Encik / Cik
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN IKMAL KALI KE-7
Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Alumni Sekolah Agama Persekutuan Labu (IKMAL) akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 6 Ogos 2006
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Seri Bestari, Sek. Men. Agama Persekutuan Labu.
AGENDA
1. Ucapan Aluan oleh Presiden IKMAL
2. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 6
3. Pembentangan Laporan Bagi Tahun 2005-2006
4. Pembentangan Penyata Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir Disember 2005
5. Upacara Pembubaran sesi 2003-2005 dan Perlantikan Sesi 2006-2008
6. Membahaskan Usul-usul yang telah diterima
7. Ucapan Penangguhan
Juga dimaklumkan bahawa satu pertandingan bolasepak 7 sebelah “Battle of The Batch” akan diadakan pada sebelah petang bagi memeriahkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan IKMAL pada tahun ini.
Setakat makanan kat dewan makan sekolah, malas laaa.. Tapi kalau makanan yang dibelanja degan gaji mereka yang dah bekerja, kat restoran best kat Seremban sana tu, mau le aku pi.. Hahahahah!!
Kesimpulannya? Racunilah mereka yang dah bekerja untuk datang meramaikan majlis (sebenarnya utk jimat kos budget nak belanja member2 yg masih belum keje mcm aku).
Heheheheh..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Alaaa.. Cik Izaidah.. Datang je.. Sure ada girls nye..
Yang pasti, gadis2 berbaju kurung putih, bertudung putih dan berkain biru pasti ada punya.. Takpun yang baju kurung kuning, tudung kuning dan kain biru gelap..
Girls ada atau tak, tu tak penting.. Yg penting kita leh pau Pae!! Wahahahahah!!
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)