Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Allahuakbar


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
Allahuakbar


Jurulatih bola sepak Perancis peluk Islam


RABAT: Jurulatih bola sepak terkenal Perancis, Philippe Troussier, dan isterinya, Dominique, kini menjadi penganut Islam selepas memeluk agama suci itu di Maghribi yang menjadi tempat tinggal pasangan itu, kata sumber yang rapat dengan kedua-duanya.





“Troussier bukan lagi Philippe kerana kini dikenali sebagai Omar dan isterinya pula menggunakan nama Amina untuk menggantikan Dominique,” lapor akhbar L'Opinion.

Sumber yang rapat dengan pasangan itu mengesahkan perkara berkenaan kepada Agence France-Presse (AFP) sambil menambah majlis diadakan Jumaat lalu.

Troussier, 51 , ialah bekas jurulatih pasukan kebangsaan Maghribi dan kelab ternama Perancis, Marseille. Dia juga pernah menyumbang bakti di Afrika Selatan, Nigeria, Ivory Coast, Burkina Faso, Qatar dan Jepun yang berjaya memasuki pusingan kedua pada kejohanan Piala Dunia 2002.

L'Opinion menyifatkan keputusan memeluk Islam oleh pasangan berkenaan sebagai ‘menakjubkan dan kejutan yang menyenangkan.’

“Selamat Datang Omar dan Amina ke Dunia Kebenaran. Sebagai umat Islam, kami gembira melihat personaliti unggul dan dikenali seperti Philippe Troussier menjadi sebahagian penganut agama yang penuh keamanan dan tolak ansur ini,” menurut akhbar itu.

Ia menambah, apabila dihubungi Troussier berkata dia ‘tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu dan mahu menyimpan perkara itu untuk diri sendiri.’

Akhbar Moroccan Evening melaporkan pasangan itu mengambil dua gadis tempatan, Selma dan Mariam, sebagai anak angkat. – Agensi



__________________
hafiz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Yoooo!! Pitman!!

Wasaaapp ma niggah!!

Lama gila tanampak..?

Rindunye I kat you~~~ nyiaaaa~~~

Hahahahahah!!


(apa yg ditulis bukan bermaksud yg kami ni ghey.. hanya sekadar "salam mesra".. :p)

__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!! (Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Ya Adi


sahabat lama...


aku okja kat Penang ni....mai2 dtg keja sini...nak keja Motorola hantar resume kat aku..


cehceh...baru sebulan setengah keje dah nak promote org.


tp seriuosly sini banyak nak cari engineer lagi...so for those interested just email your resume to: mohdhafiz.abdulrahman@motorola.com or apitman2002@yahoo.com


cni ramai gak budak labu. among them: aku, sahirul amri, arif fadhillah nusyirwan, arfieyan, fauzan, Aje!!! diulang Aje juga!


 



__________________
hafiz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Chemical Engineer diperlukan ke kat Motorola?

Wuhuhuhu~~

Aku pun tak dpt imagine apa kaitan kimia dgn industri letrik/eletronik nih..


__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!! (Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Adi,


bos aku ckp haritu chem E diperlukan jugak. tapi tak la sebanyak EE ngan ME. bila ko grad?


 



__________________
hafiz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Grad bulan 8.. Tapi aku terikat ngan PETRONAS.. Tu yg leceh tuh.. Takpelah.. tgk je la nanti mcm mana..

__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!! (Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard