Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah...


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah...


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau
sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat
islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia
mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan
tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu:
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi,
membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta
kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat
suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak
berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan,
banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat
suka mengumpat, bersikap warak,
suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu
: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat
baik kepada ibu bapa, bersedekah secara
terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)Iaitu :
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar
menerima bala,bersyukur atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan
Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak
manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan
membenci kemaksiatan.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahua'lam..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard