Tajuk mcm cite blue je.. Cite laa.. Tunggu apa lagi? Aku mmg minat bab2 nih.. Wahahahahah!! (Teringat cite karut yg direka dek Hanip Omar time form 2 [ke form 3 aaa?] dulu. Hahahahahah!!).
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
o0o0o0o0, bertaubat, pastuh tinggalkan lelaki yang merosakkan itu, yang laki baru muncul tuh, kawan kawan sudah laaa. Lupakan soal cinta-mintan jap, dah kerjakan? pergi la memana rumah anak yatim ker rumah orang tua ker, buat kerja amal untuk isi masa lapang, around several years nanti baru la fikir nak bercinta balik.Pasal dara?Tak yah risau la, laki sekarang tak kisah semua tuh, apadahal.Janji perangai elok untuk jadi isteri.....hahahahaha extrem tak opinion aku,service pulih dara pon ada skang.kalo nak la.hahahaha.Jangan la runsing plak. Benda dah jadi, solution mmg kahwin la. Tapiii nak ker kawin dgn laki tak bertenggong jawab camtu? belum kawin dah buat perangai. haiyooo, cari lain lah.
*harga getah asli dah naik balik, ekoran getah sintetik US naik harga pasal minyak naik thus nak buat getah sintetik kena pakai minyak, member ana kat pahang net income sebulan RM6000 skang nih ,hasil getah family dio.Funny malaysian ecomonics: from manufacts back tu agriculture, sell water to singapore then beli balik dgn harga mahal.politics pengaruh economics ka economics pengaruh politics?
Susah tu.. Benda2 nih, skali buat, nak lagi nih.. Maklumlah, benda sedap, bukan benda sakit.. Maka utk yg nih, kena rujuk kembali buku sains dulu.. Anda memerlukan "keazaman yg tinggi" utk mengatasinya. Bukan bermaksud aku galakkan ko buat tapi gunakan keazaman yg tinggi utk pancut luar!! Gunakan keazaman yg tinggi utk kasi tak berulang.. Payah.. Memang payah..
Apa2 pun, konsep tetap sama: KAEDAH PENGUNDURAN. Wahahahahah!! Cumanya, yg dalam buku tuh suruh undur dari segi nak pancut, tapi utk dlm situasi nih, pengunduran yg dimaksudkan adalah dari segi nak mendekati perbuatan tuh..
Hmmm.. Susah lah.. Tulis mmg la senang.. Tapi nak buatnya susah.. Ikut la fahaman memasing..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Huh.. Pening aih.. Awal2 cite, mcm cite bab blue. Last2 kata da-ra Ok dan masih dipertahan plak. Abistuh "suci" yg mcm mana yg dimaksudkan? "Suci" dari sudut yg mcm mana yg difahami oleh yg empunya soalan? Dan apa pula definisi "suci" pada org yg bertanya?
Kenapa perlu tanya soalan2 nih? Sbb apa yg diperkatakan tu tak jelas. Isu yg kabur2. Bermacam2 tafsiran boleh dibuat daripada apa yg ditulis. Bila isu tak jelas dan kabur, pemahaman org pun berbeza2. Yg paling utama utk seseorang yg bermasalah memperoleh jalan penyelesaian dari orang yg diminta pertolongan ialah org yg bermasalah tuh kena kasi org yg betul2 nak dengar tu FAHAM SEBENAR2 FAHAM SEBAGAIMANA YG DIFAHAMI OLEH YG MENGADU MASALAH ITU SENDIRI.
Kalau cerita pun tak jelas, maka yg mendengar pun kasi la jawapan yg tak jelas. Malah tak membantu langsung sebab bukan jawapan yg diexpect oleh org yg bertanya. Kalau cara penyampaian tu firm, jelas dan difahami oleh yg membaca sebagaimana yg menulis tuh expect utk org faham, barulah kat situ ada TWO WAY COMMUNICATION. Kalau hanya yg cerita je yg faham tapi yg membaca tak faham, tuh bukan communication, tuh SYOK SENDIRI atau ONE WAY COMMUNICATION.
Now can u see kenapa ada perlu tanya "confirmation" pada post yg lepas? Sbb yg aku faham, mengikut definisi aku pada cerita yg diceritakan oleh yg menulis tuh, perkara yg berlaku yg dimaksudkan "tak suci" tuh lebih mcm bab2 romen, tutuh-mentutuh, mengamput, farking without liscence dan mcm2 istilah lg utk describe benda tuh. That is my understanding about the story written.
Org yg jenis pikir blue mcm aku, maka pemahamannya tentang definisi "suci" itu akan lebih extreme kepada perkara yg jahat2 - ZINA - definisi kesucian dari sudut seksual. Tapi adakah itu yg dimaksudkan oleh yg bertanya? Tu mana aku tau.. Org yg jenis "baik2", pemahamannya terhadap definisi "suci" mungkin lambat masuk kerja pun dikira tak suci sbb telah diamanahkan masuk awal, tapi dtg lambat. Maka rezeki yg diterima utk hari itu tak berpadanan dengan masa kerja, maka dikira sbg rezeki yg tak sepatutnya diterima. Dan bila terima, dipakai, rasa diri tak suci.
Ingat tak eksperimen masa kat skolah dulu pasal titik fokus mata (atau penglihatan haiwan)? Ada yg mata jenis kat tepi kepala, ada yg mata di depan kepala. Utk memahami mcm mana rasanya melihat sebagaimana haiwan yg matanya kat tepi kepala, kita tutup mata sbelah pastu try pegang sesuatu.. Banyak miss sbb tak dapat define jarak sasaran. Dan kerana takde satu titik fokus yg tetap utk otak nilai jarak antara diri dengan sasaran.
Apa kaitannya? Kaitannya ialah you nakkan jawapan yg ada titik fokus sbg pegangan you. You nakkan jawapan yg jelas dan terang, tetapi cara you cerita pula takde fokus. Org yg baca pun tatau, you ni sebenarnya masalah you apa? Masalah bercinta ke, masalah dara yg hilang ke, masalah pemikiran dicemari ke, masalah dosa pahala ke, masalah nak pilih calon suami ke, masalah nak percaya pada org ke, atau masalah diperalatkan oleh orang??
Org yg membaca pun tatau yg you nih jenis mata kat mana? Mata kat tepi ke atau mata kat depan? Haiwan yg mata kat tepi, nampak pandangan pada sudut yg luas, tapi takde titik fokus, dan tak reti nak menilai jarak dengan tepat. Haiwan yg mata kat depan, selalunya jenis hunter, jenis accurate dlm menilai jarak sbb ada titik fokus, tetapi kelemahannya ialah area of sight yg terhad, tak luas.
Kalau cara you cerita ialah jenis mata kat tepi, maka jawapan yg diterima pun jenis mata kat tepi la. Jawapan secara umum, secara general, tapi takde fokus. Sebahagian je yg akan memberikan makna pada you, sebahagian lg tak membantu langsung. Kalau cara you cerita jenis mata kat depan, org yg menjawab pun akan kasi jawapan jenis mata kat depan. Jawapan yg lebih fokus, lebih diperdalami, lebih detail, dan lebih halus. Semua jawapan akan membantu you.
Maka sekarang, soalan you yg sebenar, THE MAIN QUESTION adalah yg mana?
1) "adakah semua lelaki sama kerana semua yg mendekati aku pasti..... ( aku malu)?"
2) "cinta jenis apakah ini?"
3) "adakah aku ini terlalu mudah memberi simpati?"
4) "atau aku ini telah dibutakan oleh 'cinta' itu?"
5) "aku kini cuba mencari2 diri ku yg dulu... hilang ke mana?"
6) "ataupun ini sekadar resam org bercinta?"
Dan problem statement, THE MAJOR PROBLEM you yg mana?
1) "telah melakukan perkara yg tidak sepatutnye aku lakukan.."
2) "ternyata aku ini bukan suci..."
3) "perkara ini cuma terjadi padaku dengan seorg lelaki sahaja..."
4) "aku jelas2 melakukan dosa..."
5) "aku sayangi lelaki ini... namun setelah ditimbang2, dia seolah2 mempergunakan aku untuk kesenangan nya.."
6) "bernikah.... itulah perkara yg paling aku ingin lakukan secepat mungkin...."
7) "aku pasti mati dibunuh oleh orang tuaku..."
8) "kehadirannya dalam hidupku tak pernah menyenangkan aku"
9) "kini cuba mencari2 diri ku yg dulu... "
10) "didesak rasa simpati ke atasnya lantaran kesusahan hidupnya...."
11) "ada lelaki lain yg cuba mengenaliku "
12) "bimbang lelaki ini juga punya niat yg sama...."
Skarang you nampak tak yg the whole cerita yg you kasitau tuh SEMUA PENUH DENGAN MASALAH? Persoalannya, masalah mana yg you letakkan sbg prioriti utama utk you selesaikan? Aku mana tau sbb aku bukannya org yg dilanda masalah tuh.. Kalau nak jalan penyelesaian utk SEMUA soalan dan problem statement, jenuh la nak menjawab!!
Kesimpulannya, mcm mana org nak tolong kalau you sendiri tak tolong diri you utk define problem mana yg perlu diberi keutamaan..?
Sekadar pandangan..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Yeahh, bila adi bersuara...satu penjelasan yg jelas lagi jitu.Oleh itu perjelaskan lagi statement anda.Hidup ini janganlah cover-cover selalu.Nanti tak tercover.
Perhatikan orang tua2, terutamanya yg duduk kat kampung..
Ada yg setakat jumpa orang masa kerja je.. Semua hal setel masa kerja supaya tak perlu jemput langsung ke rumah..
Kadang2, ada tetamu yg dtg rumah, dia kasi sampai pintu pagar je: "Oh..? Nak jumpa ke? Tunggu kejap, saya ke sana.." (sanggup turun rumah dan sarung selipar, tapi takde pun jemput masuk rumah).
Ada tetamu yg dikasi masuk, tapi sekadar kat halaman je.. Pintu pagar bukak, tapi borak kat laman..
Ada tetamu yg dijemput masuk, tapi sekadar di beranda je.. Minum2 pun kat situ je.. (At least ada la kasi minum). Tapi selalunya makan ringan2 je.. Biskut2, kuih2 je..
Ada tetamu yg dikasi masuk sampai ruang tamu.. Makan minum dikasi.. Kalau lunch atau dinner, dijemput makan sekali..
Ada tetamu yg dijemput masuk, dan dibenarkan bermalam di rumah..
Tapi cuma seorang je tetamu (atau mungkin 4?) yg dibenarkan tidur sebilik, sekatil, sebantal dan.. setubuh..? Tetamu yg ni secara totalnya ada unlimited access..
Dari pemerhatian terhadap apa yg org2 tua buat, apa yg dapat disimpulkan? Kita sendiri yg kena setkan sempadan dengan orang yg kita nak berkawan. Ada yg tarafnya hanya di pintu pagar je.. Ada yg tarafnya di halaman, dan seterusnya..
Mcm mana nilai harga seseorang itu ditetapkan? Jawapannya melalui nilai kepercayaan kita pada dia. Org yg sekadar kat pagar je, tu tarafnya rendah kerana ditakuti kehadirannya akan memporak perandakan keluarga kita.. Tapi lagi rendah lagi taraf org yg kita tak jemput langsung ke rumah. Sebabnya supaya dia tak kenal langsung keluarga kita dan dia tak ambil advantage atas keluarga kita.
Maka mcm tu lah jugak dengan kawan. Kita yg letakkan "tag harga" kat dia. Kalau nak tau sama ada kita yg ada kuasa nak letak tag harga, atau dia yg ada kuasa sedemikian, kita tengok siapa yg cari siapa. Kalau dia yg cari kita, maka kita yg lebih berkuasa kerana kita diperlukan. Maka kitalah yg letak tag kat dia utk dikategorikan taraf dia kat mana.. Kat pagar? Halaman? Beranda? Ruang tamu? Bilik tetamu? Bilik utama?
Tapi kalau kita yg cari dia, maka kita tak boleh nak letak tag kat dia. Sbb dia yg ada kuasa utk letak tag harga kat kita. Tapi bukan bermaksud kita jadi murah kalau jadi gitu. Kalau kita yg cari dia, maka kita kenalah kasi a very good impression supaya harga yg diletakkan atas kepala kita nih takde la taraf murahan.
Sbb kdg2, perkara yg sangat diperlukan, yg tiba2 dtg dalam keadaan tgh desperate, benda tu lah yg sgt mahal dan sangat berharga. Umpama orang tgh lemas.. Campaklah bangkai babi sekalipun, dia pasti akan berpaut padanya supaya tak tenggelam. Tapi jangan la jadi mcm bangkai babi. Time tuh je pakai, bila tiba kat darat, bangkai dibuang semula ke dalam laut begitu saja.. Jadilah pelampung.. Walaupun org tu dah selamat, dia simpan kasi letak kat bot balik..
Banyak lagi yg boleh dihurai dalam bab2 nih.. Tapi kalau kasi sekali banyak pun, takde value la jadinya.. Aku tulis lebih2 pun, bukannya dapat murtabak getah pun.. Baik tak payah.. Alaaa.. murtabak yg leper dan bulat tuh.. Bila gigit, ada mcm getah putih bila kita tarik.. Regunya roti bawang putih, air gas satu jag dan sup cendawan..
Kesimpulannya, kalau you nak tau lebih, korban pun kena lebih la.. Ye tak? :p Maka samalah mcm bab berkawan tadi.. Kalau nak kawan "lebih" daripada yg biasa, kenalah korban lebih skit.. Credit handphone kena lebih, waktu berjaga kena lebih, waktu sibuk pun akan lebih, duit kena simpan lebih dari biasa, perbelanjaan pun lebih.
So? Maka begitulah adanya pandangan yg tak lengkap ni.. Maklumlah.. Jari nih mcm berkarat nak menaip sbb takde "minyak pelincir" (minuman yg sedap2 yg diserap dlm darah utk lalu kat urat2 jari nih)..
Heh..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Dalam bab nih, kalau dia yg cari you, maknanya you lagi ada power dari dia. You sesuka hati boleh putuskan hubungan dari dia sbb kuasa di tangan you. Dari cara you cerita, maknanya dia yg sebenarnya tgh lemas. Maka you punya peranan, you pilih sama ada nak jadi bangkai babi (diperalatkan kemudian dibuang), atau jadi pelampung (menyelamat dan di hargai sebaiknya)?
Tapi kalau you sedar yg sebenarnya kuasa you lebih dari itu, you boleh pilih nak jadi orang yg baling pelampung, atau jadi ikan jaws. Kedua2nya lebih berkuasa utk tentukan nasib org yg lemas tuh. Cumanya kalau jadi org, you punya option lebih positif (selamatkan dia), dan kalau jadi jaws, you punya option lebih negatif (gigit, hancurkan, makan dan buang dia sbg taik hasil penyahtinjaan).
Dalam bab nih, sebenarnya dia yg lebih memerlukan you dari you memerlukan dia. Kenapa? Sbb you jadi tempat dia mintak pertolongan, walhal you takde pun sgt minta pertolongan dia. Salah satu definisi seorang yg mempunyai POWER ialah dia akan menjadi tempat sbg bahan rujukan. Dalam situasi you, you dah jadi bahan rujukan dia, maka you lebih ada power dr dia.
Bila you dah ada power, sebenarnya you yg boleh memperalatkan dia utk kepentingan you, dalam masa yg sama, tak memberi kerugian pd you. Sebaliknya bila you ada power, tapi you yg diperalatkan, tu maknanya ada something wrong dgn diri you. Sama ada you kurang keyakinan diri, tak sedar kemampuan diri, terlalu disempitkan pemikiran hanya fikir pasal dia tanpa nak pikir pasal diri you, atau you dah dibutakan oleh perasaan.
Utk part yg nih, saya rasa you kena jadikan diri lebih tegas dlm nak buat keputusan. Kalau teragak2, you sendiri yg merana. Kalau you merana dlm keadaan diri sendiri je yg sakit takpe, tapi kalau sampai nyusahkan org lain seperti mak, ayah, adaik beradik, kawan2 dan keluarga yg lain, tu payah. Kalau dalam bahasa kasarnya, "Kalau nak jahanam, jahanam sensorang.. Jangan nak nyusahkan orang lain..".
Ramai orang, bila berada dalam situasi nih dia akan lebih pikirkan pasal "Si Dia". Terutama skali kalau dalam bab2 clash atau putus cinta. Ramai yg pikir, "Alaaa.. Sayangnya dia tinggalkan aku!! Apa salah aku? Apa yg aku tak dapat buat utk puaskan hati dia supaya hubungan nih berkekalan??" Maka lebih ramai yg menyalahkan diri sendiri sbb tak dpt memiliki si dia.
Pada saya, walaupun perkara tuh normal dan berlaku pada majoriti orang, saya tetap labelkannya sebagai BULLSHIT. Kenapa? Kerana pemikiran disempitkan hanya fikir pasal dia, tanpa kita fikir pasal kita. Don't take the blame on yourself.. Sometimes, YOU GOT TO BLAME OTHERS!! You dah cuba sebak mungkin utk pertahankan hubungan tu bukan? Tapi kalau putus, tu bukan salah you sbb you have tried your best. Maka tu salah dia sbb dia tak try sungguh2..
Satu lagi, kenapa asyik nak pikir pasal dia sedangkan yg sepatutnya you pikir ialah "APAKAH KEUNTUNGAN YG AKU NAK? MASA AKU BERSAMA DENGAN DIA, APA YG AKU DAPAT?? APA YG DIA BAGI PADA AKU BERBANDING APA YG AKU BAGI PADA DIA??". Siapa lagi yg nak pikir pasal diri you sendiri kalau bukan you? Dia sah2 la don't give a sheet about you..
Kerana naluri semulajadi manusia nih sebenarnya memang masing2 mementingkan diri sendiri. Dalam tak sedar pun kita dah buat. Kat mana? Bila kita dah amik gambar, cuci gambar, letak dalam album. Gambar siapa yg kita cari dulu dalam kita tgh tgk2 album tuh? Gambar diri sendiri laaa.. Maka bila manusia dah melawan dari naluri semulajadinya, maka terseksalah jadinya.
You sepatutnya lebih pikirkan pasal diri you, tapi you lawan naluri semulajadi sifat pentingkan diri you, dan you pening2kan diri sendiri utk pikir pasal dia, you pun jadi mengong laa.. Mengong sampai hilang punca, sampai rasa keliru, sampai rasa depress. Cuba kalau you lebih pikirkan pasal keuntungan diri you sendiri, sejajar dengan naluri semulajadi pentingkan diri tuh.. For sure you don't give a fark pasal mamat tuh.. Setel masalah, takde pening2, takde keliru2..
Memang cara ni agak kasar. Sebab dalam management, ada dua teori. Satu dengan cara kasar, satu lagi dengan cara lembut. Kalau cara lembut, katalah you jadi pengetua sekolah, you kalau boleh nak buat semua org suka pada you supaya you punya perjalanan pentadbiran ok. Tapi ada satu trade off, kualiti pentadbiran you belum tentu OK sbb masih terdapat kutu2 yg tak suka pada you. Dan you kena terima kenyataan yg you tak boleh nak puaskan hati semua org. Bila you masih nak simpan lagi kutu2 tuh dan cuba bina loyalty diorang ke arah you, maka you dah membazir masa sbb kena spent some time utk ajar kutu yg kepala batu nih. But still, you akan berjaya jugak satu hari nanti (cumanya mengambil masa yg lama utk mencapai kejayaan tersebut).
Kalau you jenis kasar, bila you jadi pengetua, perkara pertama yg you buat ialah YOU CARI DAN IDENTIFY MUSUH!! Bila dah jumpa kutu2 yg tak sekepala dengan you, yg bila you buat keputusan, kutu2 nih yg akan melawan, menyusahkan you dan melambatkan proses pentadbiran you, maka perkara simple yg you buat ialah you buang kutu2 tu dari skolah you (transfer diorang ke skolah lain). Bila you dah buang kutu2 yg celaka tuh, maka yg tinggal semuanya ialah yg loyal pada you. Bila yg tinggal semuanya loyal dan sekepala dengan you, bukankah lebih mudah pentadbiran?
Maka mcm itu la juga dengan pentadbiran hati you sendiri. You nak pilih jalan lembut, atau jalan diktator? Jalan lembut tu susah dan sangat memakan masa. Kalau you jenis kapasiti yg tak tahan kena torture dan depress, jalan ni tak sesuai dengan you. Kalau you jenis nak instant result dan kasi senabng kepala otak takde pening2, jalan diktator lebih sesuai utk you.
Maka sekarang, you sendiri pilih jalan mana yg you nak.. Nak simpan dia, dalam masa yg sama cuba bentuk dan didik dia, atau buang terus dan cari hanya yg bebetul loyal pada you? You sendiri yg tau keuntungan dari segi mana yg you nak, you sendiri yg tau apa objektif yg you nak capai dalam pentadbiran you.. Maka sekarang, you sendiri pilih siapa yg bersesuaian dengan diri dan cara you..
Sekadar pandangan..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Ntahla, kalau berbuih mulut adi ngan piun cakap pun, tapi ko still tanak berubah dan pentingkan laki tu, tak guna gak. Tapi pintu taubat sentiasa terbuka, terpulang kat ko nak buat macam mana.
Bukannya ko taktau ayat Quran, hadith2 yg menegah perbuatan zina, malah mendekati zina pun Allah tak bg. Tapi tulah, bg aku, kalau tau tp tak amal tak guna. Apa2 pun terserah kat diri ko sendiri, kami ni penasihat aje, nak terima atau tidak, itu terpulang. Ada certain org makin bangga dgn dosa dan maksiat yg dilakukan, tp aku harap ko tak tergolong dlm kategori tu.
Dan ingatlah lelaki yang baik itu utk wanita yg baik, dan sebaliknya. Maka taknakkah kita jadi lelaki/wanita yg baik itu? Taknak kah kita hidup seumur hidup dgn lelaki atau wanita yg baik itu? Tepuk dada tanya iman.
Masih belum terlambat utk ko ubah keadaan ko yg skrg. Allah tu Maha Pengampun dan Pemurah, Maha Luas Pintu Taubatnya, berserahlah, dan laksanakan tuntutan syahadah tu dgn betul, bukan sekadar ucapan di bibir.
Aku juga seorg muslimah, dan takde yang aku harapkan melainkan redha Allah, dan diberi suami yang soleh. Ubahlah dengan segenap kekuatanmu! Aku tau kau boleh!
Kalau ambil keputusan utk masih kekal dengan lelaki tu, terpulanglah.. Kalau nak berpisah pun, terpulanglah.. Cumanya, dalam bab nak berterus terang ni, kenalah tau cara approach yg sesuai.. Bergantung kepada mcm mana character dia. Kita tak boleh layan semua org kasi pukul sama rata. Setiap orang acuannya berbeza. Maka sikapnya pun berbeza. Bila ini dah berbeza, maka kecenderungan dan cara penerimaan juga berbeza.
Ada org yg you kena slow talk, baru dia boleh terima elok2. Ada org yg kalau slowtalk mmg dia tak makan. Kena marah jugak baru dia berubah, baru dia terima dan buat sungguh2. Ada org yg jenis tak boleh terima cara approach dengan cara kita kasi ayat2 Quran dan hadis2 sebab cara pemikirannya adalah dari segi logik akal, kurang minat pada bab2 dalil naqli. Ada org yg kalau kita kasi penjelasan secara logik sekalipun dia tak boleh terima. Kena jelaskan dengan ayat mati (selalunya dalil2 dari Quran dan hadis) baru dia senyap dan ikut.
Satu cara yg disyorkan ialah cara "HIKMAH". Iaitu dgn cara yg tersembunyi, halus, tak jelas, kabur, seni dan terselindung di sebalik setiap perbuatan dan setiap patah percakapan. Tetapi dlm masa yg sama, mengandungi makna yg besar dan memberi impak yg besar kepada org yg mendengarnya.
Kalau contoh mudahnya, cara hikmah ni ialah cara kita nak kasi org tu jgn buat sesuatu, dalam keadaan kita tak hentam dia dengan ayat2, hadis2, seksa neraka dan nikmat syurga. Kita cerita pasal agama, tapi takde sebut pun pasal agama dalam apa yg kita sampaikan, tetapi yg mendengar tu sendiri dpt berfikir sendiri dan mengaitkannya dengan agama.
Kalau kita tgk keadaan sekeliling dalam masyarakat sekalipun, dan mungkin berlaku pada diri kita sendiri sekalipun, kadang2 ramai yg menolak (atau repel) kebaikan. Kalau contoh mcm saya, ada org dtg rumah (atau bilik) konon nak ajak pi masjid. Saya sendiri bila nampak geng ni kat rumah sebelah awal2 dah redy kunci pintu, atau kalau dia dtg, buat2 tidur. Bukan saya sorang je, ramai lg yg sama mcm tu.
Cuba kita fikir logik, kenapa kita tak suka benda tuh? Kenapa kita nak lari sedangkan mereka dtg ke rumah utk bawa kebaikan? Dan sepatutnya kita lebih gembira dan mengalu2kannya utk dtg sbb mereka dtg membawa agama, bukannya membawa kesusahan. Sebaliknya kita meluat dan tak suka plak bila mereka datang dan cuba melarikan diri. Adakah dalam diri kita ni banyak sgt syaitan? Ataupun ada something wrong dengan cara pembawakan mereka?
Kalau saya, saya berpandangan bahawa cara pembawakan itu kurang berHIKMAH. Kerana cara itu cara yg straight to the point. Cara direct. Yg mana cara direct ni selalunya seolah2 mcm satu paksaan. Secara semulajadinya, manusia tak suka diri dipaksa. Dan bila ada sesuatu yg dirasakan sbg ancaman yg akan menjadi satu paksaan pada mereka, manusia akan melarikan diri daripada dipaksa utk melakukan sesuatu.
Kerana kadangkala cara direct ini seolah2 merendah2kan martabat dan menghina org yg mendengar (atau "membaca" jika dalam konteks teguran dan pandangan dalam forum la). Dan secara semulajadinya, manusia tidak suka dihina. Betul? Seolah2 bila kita terus kasi ayat2 dan hadis2 mcmlah kita je yg reti bab2 agama dan dia tak reti. Apa org yg mendengar/membaca tu tatau pasal agama kah? Kita menyeru utk dia bertaubat, seolah2 dia tak tau mcm mana nak bertaubat. Apa adakah kita je yg tau utk taubat dan ingat Tuhan sedangkan yg mendengar/membaca tak tahu kah?
Memang kita kena bercakap BENAR. Memang kita kena bersifat BENAR dalam penyampaian. Tetapi kadangkala tanpa kita sedari, perbuatan yg kita sangka sebagai cakap BENAR itu menjadi satu sifat cakap BESAR pula. Beza skit je antara BENAR dan BESAR tu. Beza pada huruf "N" dan "S" je.
Memang benar kita kena pesan pada kawan utk bertaubat. Tetapi jika cara approach kurang berhikmah, cara susunan perkataan kurang tepat, seolah2 kita bercakap besar yg kita je tau bertaubat, dan si dia tak reti pasal konsep taubat dalam Islam, walhal kedua2nya adalah orang Islam.
Memang benar kita kena memahami dan menghayati ayat2 Quran dan hadis mengenai zina. Dan kita kena sampaikan dan peringatkan kawan2 kita dengannya. Tetapi bila silap susun kata, seolah2 kita sahaja yg tahu mengenai zina, dan yg mendengar atau membaca tu sgt jahil sampai tak reti pasal zina. Seolah2 kita menghina dan merendah2kan martabatnya. Kesian la kat kawan tuh..
Atas sebab itulah ramai yg bila geng2 "dakwah" ni nak approach, ramai yg lari. Kenapa? Kerana cara approach tu sgt direct dan tidak berhikmah. Cara yg majoriti geng2 yg claim sbg "pendakwah" pakai nih selalunya jenis yg kasi pancung, direct hit, dan membuatkan org rasa terhina dan direndah2kan martabat. Walhal naluri manusia tidak suka sebegitu.
Kesimpulannya, terpulang lah pada you nak approach si dia tu mcm mana. Sama ada nak buang atau nak perbetulkan dia, cara approach yg sesuai tu you kena fikir. Dan begitulah juga utk kawan2 yg nak menolong kawan kita nih. Kita tak boleh la nak pancung terus dengan ayat2 dan hadis2 seolah2 telah menghina dan menjatuhkan martabatnya.
Kita tak boleh nak terus bangga dengan orang yg cepat berubah, atau yg memang sudah baik dari dulu. Kerana kadangkala, pokok yg cepat tumbuh itulah yg cepat mati. Umpama lalang, cepat je tumbuh, tapi cepat kena potong atau kena racun. Lalu terus mati.
Dan kadangkala, kita tak boleh marah pada org yg susah berubah. Kerana ada pokok yg jenis lambat tumbuh, lambat berbunga dan lambat berbuah. Mcm pokok durian la. Tapi selalunya pokok jenis mcm ni lah yg LAMBAT NAK MATI bila semua perdu dan basicnya kukuh.
Sekadar pandangan..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Yup Adi, aku setuju dgn ko. Hikmah itulah yg hilang dr umat Islam, dan siapa yang dpt mengutipnya kembali, maka beruntunglah dia. Terima kasih Adi. Penda'wah perlu lihat mad'u sbg partner, bukan org bawahan. Kpd kawan prpn aku td, aku minta maaf byk2 atas teguran yg begitu direct. Aku ada niat lain sebenarnya. Dan alhamdulillah niat tu dh tercapai. Kpd kawan aku yg bermasalah tadi, lihatlah masalah itu dr sudut positif. Sekurang2nya kau dah pernah merasai 'kejerumusan' ke lembah yg tak sepatutnya tu, dan alhamdulillah kau masih diberi peluang oleh Allah utk reflect semula kesilapan yang dilakukan. Sebab org beriman tidak melakukan kesilapan berulang kali, at least kau rasa betapa peritnya masalah tu dan insyaAllah kau takkan mengulanginya, berbanding dgn org yg tak pernah merasa, dan terus menghentam dan menghentam.
Dan kawanku, aku juga muslimah, dan aku tidak mahu kaum sejenisku terseksa lagi.
rsnya tak perlu nak dikomen bnyk lagi kot,.. as our friend, Adi..has shared with us his opinions about this matter, and elaborated it impressively well. Yeap, i agree with Adi's point of view..and i learnt sthg myself, hopefully the rest of us gain some new insights as well..
naz cuma nak kongsikan kata2 yg someone pernah ckp, tak ingatlah sapa,.." kita jgn cepat nak kata org itu jahat atau bnyk buat dosa..dan kita ni baik dll..kerana kita tak tahu bagaimana kesudahan kita dan dia..". Atr perangai manusia,ialah kita mudah nak judge org..sedang kita sendiri tak tahu keadaan dan kedudukan kita. Apa yg kita harus buat, bnykkan berdoa..agar kehidupan dan pengakhiran kita dalam keadaan yg baik. Dan dlm masa yg sama, kita usaha, utk dptkan perkara kebaikan mesti usaha dan utk memperbaiki diri jugak mesti usaha. Im telling this mostly to myself, utk diri naz sendiri dan kwn2 yg lain. Petikan skett dr satu buku nih by Dale Carnegie,( naz tak baca lagi, kakak naz tgh baca dan dia ceritakan ).. " ...God himself, does not propose to judge man until the end of his days..". JAdi..when we still have the time to repent and make things right, use it. 'When u drive into a wrong road, God allows U-turn.'
Tentang mslh kwn kita nih, naz tak brp pasti sgt keadaan sebenar mcmana. Cuma ..kalau rs dh tersilap, jgn buat lagi. 'Penyesalan itu sudah berupa taubat', tapi,,takleh rs menyesal aje, kena usaha utk jauhi dan hentikan. Stop dwelling about what happenned in the past, there's nothing u can do to turn back time, instead..start a new life, create new hopes and move on.
ermm..im sorry to say this, but from ur story, this guy is not a good man. Yang tak tahu menghormati u sebagai perempuan, apatah lagi wanita yg dia ingin nikahi. Err..sorry kalau naz agak serious dan direct, but that's how i see it from what u told us. You can stay with him and expect him to change towards the better..but there is a risk that his 'ugly' behaviour would persist in him sampai tua..esp kalau lelaki ni jenis org yg tak reti majukan diri. Jadi, selagi masih belum ada ikatan, selagi masih ade peluang utk sedar dn perbetulkan keadaan..make a wise decision, run for ur life.
Naz tak tahulah org lain mcmana, tapi naz rs punca kpd bnyk mslh spt ini..ialah matlamat perhubungan yg tidak jelas atau tak betul. Why are u with this guy, kenapa kita bercinta dgn seseorg..? Takkan hanya disebabkan perasaan suka. Kalau hanya nak isi masa suka2 bercinta, ..tanpa ada arah tuju yg jelas dan betul, ditambah dengan kurgnya kefahaman atau praktis kehidupan beragama..itu yg buat perhubungan jadi pincang. Pada naz, kenapa kita memilih seseorg menjadi teman yg lebih dr kwn biasa, ..adalah sebab kita mahu hidup dengan dia dunia akhirat. Matlamat akhir kepada perhubungan itu adalah perkahwinan, ..kerana kita ingin sambung zuriat keturunan kita seperti yg dianjurkan Islam. Bila matlamat akhir kita ialah untuk memenuhi tuntutan agama, pastinya cara kita menjalani perhubungan itu takkan songsang dan kita takkan buat perkara yg bukan2. Kerana dengan org ini, kita akan bentuk zuriat, dan untuk dptkan zuriat yg baik..jalan ke arah itu jugak haruslah baik. Kita akan hormati dia selaku bakal psgn kita, kita takkan buat perkara yg ditegah agama...kerana asas 'kenapa aku bersama org ini' jugak adalah kerana Allah.
and speaking ttg nih, naz tertarik jugak dgn point Adi ttg batas/sempadan dlm perhubungan kita dgn manusia. Ada yg sekadar di halaman, beranda, tak ajak naik lansung dll..a very interesting point to ponder. Selain dr batas2 yg perlu dijaga dlm perhubungan istimewa kita dgn that 'special someone'..batas atau sempadan yg membezakan 'teman istimewa' dan kwn2 biasa yg lain jugak perlu ada. What i mean with this is that, a 'platonic' relationship should not be treated the same as perhubungan kita dgn psgn kita. Get what i mean takk..? Sbb naz rs, this can be the root to problems in relationships. Orang yg tarafnya di atas rumah, takkan sama layanan dgn org yg sepatutnya dilayan di halaman. Kalau semua layan sama je, teman biasa ke teman istimewa ke, what's the difference then..? (..err,,lari dr topik plak..hehehe..tetiba terfikir psl nih..)
To make it short..learn from mistakes and experience, and never forget that the doors for better options are still opened for u. Org2 lain, outsiders mcm kitorg ni, hanya boleh ckp2 mcm ni je..tlg2 bg pendapat..but in the end, it's ur decision, it's' ur life. It's never too late to start anew.
well..bende ni datang tak diminta kadang2..tapi tak datang jugak kalau tak "dicari"..
paku2 karat ni kalau dah tekena mmg lambat nak baik.silap2 parah sampai buleh benanah.cepat2 kena berubat at least kalau dah luka, pi cucuk bg tak bernanah.
macam tulah..kalau dah ada rasa guilty, rasa berdosa, sdar dah tak suci.. bawak balik pangkal jalan. tak terlambat lagi, sblm nnt dah rasa tak bersalah buat dosa lagi parah.
bila ada kawan minta pandangan, kita try bantu.macam adi,piun,nazz,ano yg lain2..sbb once kwn2 yang tgh down ni kita condemn depa bila depa mintak pandangan, mende tu lebih membebankan dan mungkin akan terus terjebak ngan bende2 alah tu..
ape pon..the pen is now in your hand..nak pakai tulis ke,just nak pusing2.pk dan pertimbangkan dengan nasihat2 sahabat.bukak2 juga ilmu yang dah belajar selama.
strategy is important, no point in denying that...
yet, s/times we're too worried about strategies, we afraid to do things, we forget the problems get worsen, we ended up doing nothing..nothing...nil...
Ya betul.. Strategi memainkan peranan penting kerana strategi lebih berhubung kait dengan "kebijaksanaan" dan KESABARAN. Dalam nak melaksanakan strategi, perkara yg patut diutamakan ialah sama ada perancangan yg dibuat itu logik atau tidak. Adakah ia boleh diterima akal atau tidak. Dan yg paling penting, adakah ia suatu yg BENAR atau suatu yg salah..
Pun begitu, strategi yg logik hendaklah mempunyai kriteria "memberi keuntungan" kepada kita.. Dengan kata lainnya memberi KEBAIKAN dan faedah kepada si pelaku. Bermakna, apabila ia dilaksanakan, semua mendapat keuntungan (sama ada kepada pelaku, dan juga kepada orang lain). Apabila perlaksanaan itu memberikan keuntungan, maka tiadalah mana2 pihak yg mengalami KERUGIAN. Bermakna, perlaksanaan rancangan itu bukan sesuatu yg sia2.
Walau bagaimanapun, perdu kepada semua itu mestilah bermula dari kehendak hati dan "will power" utk melaksanakannya. Biar sehebat mana sekalipun rancangan tersebut, tetapi jika diri tidak mempunyai keinginan yg kuat utk berpegang kepadanya, secara pastinya ia menjadi suatu yg sia2. Untuk berpegang teguh, dan mendidik will power, persoalan akar tunjangnya ialah adakah kita betul2 PERCAYA dengan apa yg nak dilaksanakan?
Apabila kita betul2 percaya pada apa yg ingin dilaksanakan, maka barulah kita berusaha all out utk merealisasikan segala strategi yg dirancang tadi. Barulah datangnya kesungguhan, yg mana kesungguhan inilah yg akan membuahkan hasil dengan lebih cepat berbanding yg dirancang. Dan atas kesungguhan dan kepercayaan yg teguh itulah barulah setiap langkah yg diambil itu memberi kesan yg efektif, dalam keadaan tidak membazirkan MASA. Kerana, org yg tidak bersungguh adalah yg suka menangguh. Dan penangguhan demi penangguhan akan membazirkan masa.
Tapi rasanya mcm pernah dengar pasal bab2 nih.. Cumanya kat mana ye?
Hmmm..
:)
Sekadar pandangan..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Alhamdulillah sbb sekarang awk dh sedar apa yg tlh dilakukan adalah salah belaka....
JGN TUNGGU LAGI...CEPAT2LAH BERTAUBAT KPD ALLAH...ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN...SELAGI KITA MASIH BERNYAWA SELAGI ITU ALLAH KURNIAKAN KEAMPUNAN NYA...XDE MAKSUD TERLAMBAT BERTAUBAT...
ini cdgan saye je...
1. BERTAUBAT KPD ALLAH
2. TINGGALKAN SEGALA PERBUATAN YG AWAK KATA SALAH & BERDOSA
3. KUATKAN SEMANGAT UTK TINGGALKAN & JAUHKAN DIRI DR BENDA@ORG YG MENCENDERUNGKAN AWK KE ARAH ZINA @ DOSA
4. BYKKan SOLAT & ZIKIR SPY MASA YG ADA LEBIH TERISI UTK KEBAIKAN....
Jgan lupa perkara2 nie....
a. ALLAH MAHA PENGAMPUN
B. MASIH ADA MASA UTK BERTAUBAT
C. KUATKAN SEMANGAT.KITA KAUM WANITA W/PUNLEMBUT TP SEMANGAT KUAT & TAKKAN TUNDUK PD NAFSU LELAKI...MANA MARUAH KITA..JGN BIARKAN DIPIJAK....
askum...sebagai mslimah, sy pun raser terpanggil jugak nak bg nasihat...:yawn
ada org pernah ckp kat sy, kalau seorg tue nak jadikan kiter ni isteri, seboleh2nyer dier takkan sentuh o pgang even pgang tangan.Dalam Islam pun, memg tak bg benda2 yg d halalkan oleh org maser kini nih..cuber kiter pk, biler kiter da kawen, what da special can we give our beloved husband?sama jer kalau bercinter pn da buat bender tuh...tader aper yg luar biasa..nyer.kan?
tetapi kawan...,Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hamba2Nya...jgn raser down.berazam la bersungguh jgn ulang benda2 lagha nih...
last word...' Kalau nak sesuatu yg halal, tinggalkan benda yg haram.Maka InsyaAllah..., Allah akan bantu dapatkan yg halal.....ok?
doakan saya agar akan terus berkata tidak kepada lelaki itu... saya kini semakin berani berkata tidak dan sedang mencuba mengisi masa sebaik2nya dengan aktiviti yg lebih bermakna. sebagai permulaan, saya kembali berolahraga, isi lebih masa dengan kawan2 dan kembali kepada Al-Quran yg lama saya tinggalkan... terima kasih!!
saya bersyukur kerana kawan2 masih sudi membantu saya...
mungkin sebelum ni saya pernah fikir untuk mengenepikan anda semua, namun ketika saya kesusahan, kepada anda jugalah saya kembali.. ternyata anda semua tidak pernah mengenepikan saya.. MAAFKAN SAYA KAWAN2...
terima kasih byk... rasanya tak cukup dgn ucapan terima kasih.
saya doakan agar kita semua lindungi payung Allah..
insyaAllah kami akan sentiasa doakan.Semoga dikurniakan pasangan soleh yang dapat membimbing bukan sekadar bahagia di dunia, malah lebih2 lagi di akhirat kelak. Semoga berjaya!!! ganbattenne! Ana uhibbuki fillah, insyaAllah...
Anonymous jugak.. (sebab malas nak login...password ntah mana)
" Saya pon single lagi kalo nak, muhahaha...apadahal, ramai lagi aih yg soleher than him, blah jer cari lain! " piun said.
-HATE THE JANTANS WHO DON'T RESPECT THE WOMAN COZ THAT JANTANS ARE TOTALLY VALUE BLIND-
fakta 1: Lelaki melayu ialah lelaki yg oppurtunist. tapi masalah nyer bukan nyer oppurtunist yg ambik oppurtunity pasal ada peluang bisnes ker, oppurtunist untuk gain more knowledge ker, tapi oppurtunist ke atas pompuan,rakan sebaya,kerajaan, mak bapak, cilok sana, cilok sini, ngelat sana, ngelat sini.patang ada peluang skittt. tapi bila bagi oppurtunity untuk bertaubat..tak reti-reti nak buat. nak tunggu last minute jugakk..kalo tak sempat masakkkk luuu.
peragut is the most oppurtunist person, observer paling gempak di tepi jalan, ada jer pompuan lalai sikit habis lah.makcik ker pompuan mengandung ker minah kilang ker semua dia ragut. Apa tertekan sgt ker hidup sampai desperate sgt nak duit, bachul la wei main ragut-ragut.kan bagus kalo sikap diorang tuh di alih ke oppurtunist untuk cari market jadi entrepreneur baru, observe sendiri benda apa leh jual untuk buat duit. NIH MELAYU TUNGGU PM BAGI SUGGESTION BARU NAK BUAT.Padahal benda tuh leh pikir sendiri kekadang.
Overall sikap oppurtunist tuh dah ada, tapi saluran nya tak betul.Oppurtunist terhadap awek?...hoohohoho usah di tanya.
*pelik erk kalo main DOTA apsal computer tak oppurtunist tuk ambik barang kita biler kita dah mati, ternyata komputer AI dia kureng lagi.Tak sehebat lelaki melayu.
Kenyataan yg atas sekali pon contoh oppurtunist gak, oppurtunist piun terhadap situasi.Ternyata piun Lelaki Melayu.hahahaha.
AI game DotA tak opportnist. Sebab tu orang yg main DotA dgn AI, takkan berkembang skillnya sebagaimana org yg lawan orang.. Ada satu falsafah DotA yg menarik, tetapi ada kebenarannya:
"DotA is like sex.. Only watching people playing it will not satisfy you, just like you watch porn films.. If you only watch it, you will end up masturbating with AI (artificial intelligent) games.. But if you take part in the activity yourself, you will definitely ****ing with other players.. And that will satisfy you to the fullest.. New skills, new combos and new development will born like a child born from a pregnant mother.."
Hahahahah!! Baek punya analogi~~ Nyiaaaa~~
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)