Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tips rumah tangga
Anonymous

Date:
Tips rumah tangga


Bercerita kisah al-Quran bantu bentuk watak anak

Oleh Rosnah Ahmad

     SETIAP kali sebelum tidur terngiang-ngiang suara dan terbayang-bayang mimik muka arwah emak bercerita kepada kami lima beradik. Kami berebut-rebut untuk duduk paling rapat dengan emak untuk mendengar kisah dari al-Quran, cerita rakyat yang sarat dengan teladan dan kesusahan hidup emak ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Kami adik beradik tidak jemu-jemu mendengarnya walaupun berkali-kali ceritanya diulang. Inilah kegiatan yang kami sukai pada musim tengkujuh apabila tidak dapat bermain di luar rumah. Saat itu mendamaikan jiwa dan masih menenangkan perasaan saya apabila mengenangkan kembali nostalgia itu.

     Kini, tradisi ini diteruskan kepada anak saya yang berusia lapan, tujuh dan satu tahun. Mata mereka akan bersinar kegembiraan dan kadang-kadang dahi berkerut kerana cuba memahami apa yang diceritakan. Soalan mereka banyak sekali. Adik kecil yang baru berusia setahun juga seperti mengerti dan sesekali cuba bertanya dengan mengeluarkan bunyi yang belum difahami. Sangat susah untuk berhenti daripada bercerita kerana permintaan anak banyak sekali. Ia kadang-kadang agak meletihkan, tetapi kegembiraan anak dan ucapan sayang serta terima kasih daripada mereka selepas selesai bercerita cukup menghiburkan. Kanak-kanak dan cerita bagaikan tidak boleh dipisahkan.

     Peranan cerita adalah besar dalam proses pendidikan sebuah generasi. Cerita dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan imaginasi, meningkatkan pengalaman, mengembangkan penguasaan bahasa serta memberikan pelajaran budi pekerti dan nilai murni melalui peristiwa yang diungkap dalamnya. Ramai ibu bapa merungut apabila anak seperti tidak mengendahkan kata-kata apabila cuba memberi nasihat atau mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia. Mereka kadang kala tidak menurut kata ibu bapa bukan kerana degil tetapi tidak faham nasihat atau arahan yang diberikan. Contohnya, kanak-kanak berusia lima tahun diberi nasihat supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa kerana perbuatan ini dimurkai Allah dan berdosa. Perkataan menderhaka mungkin biasa bagi kita, tetapi ia adalah baru dan susah untuk mereka fahami.

     Cara paling berkesan menerangkan maksud menderhaka adalah dengan bercerita. Contohnya, kisah Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya. Anak akan lebih mudah memahami sesuatu perkataan apabila mereka dapat mengaitkannya dengan cerita yang disampai atau dibacakan kepada mereka. Aktiviti bercerita juga dapat menyelesaikan banyak masalah emosi anak. Contohnya, apabila menunggu kehadiran adik baru dalam keluarga, anak biasanya mempunyai perasaan yang bercampur baur, gembira serta sedikit gusar dan cemburu. Mereka khuatir perhatian dan kasih sayang ibu bapa akan beralih kepada adik baru. Buku cerita mengenai adik baru akan membuka ruang kepada anak untuk bertanya apa saja persoalan yang bermain pada fikiran mereka. Ini dapat menolong meyakin dan menyediakan mereka dari segi emosi untuk menyambut kehadiran adik baru.

     Zaman kian berubah, kini aktiviti bercerita banyak diambil alih oleh cikgu sekolah, tadika, pengasuh taska, television dan komputer. Apa pun ibu bapa harus memupuk minat dan mencari masa untuk bercerita kepada anak. Bercerita adalah aktiviti masa berkualiti yang sangat berkesan untuk mendekati anak dalam kesibukan ibu bapa sekarang. Secara tidak langsung anak akan merasakan mereka diberi perhatian dan dihargai.
    
     Ada juga ibu bapa yang merasakan apabila anak pandai membaca, kerja mereka semakin mudah kerana mereka mampu membaca sendiri cerita kegemaran masing-masing. Mereka tidak perlu lagi bercerita. Pakar pendidikan mengatakan bahawa ibu bapa masih perlu membacakan cerita kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak pada usia ini masih memerlukan panduan daripada ibu bapa untuk menerangkan maksud perkataan yang tidak mereka fahami dan untuk memperjelaskan mesej sebenar di sebalik cerita yang dibaca.

     Islam sangat menggalakkan aktiviti bercerita. Al-Quran mengandungi banyak kisah. Manusia memperoleh pelajaran berharga daripadanya. Keunggulan al-Quran terbukti mendidik manusia dari generasi ke generasi dan tiada tandingannya. Kita diajak bercerita mengenai kisah nyata yang diceritakan Allah dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.(Surah al-Araf, ayat 176)
    
     Kisah Al-Quran sentiasa mengajar bahawa kebenaran akan melenyapkan kebatilan. Ini dapat memberi kesan dalam diri anak bahawa orang yang suka membuat dosa dan maksiat akan kecundang akhirnya. Perasaan ini penting untuk membenihkan keimanan dan akhlak mulia anak sejak kecil lagi. Keagungan dan kebesaran Allah boleh disampaikan melalui cerita mengenai kebaikan dan keindahan makhluk ciptaan Allah seperti haiwan, serangga dan tumbuh-tumbuhan sesuai dengan fitrah anak-anak yang sukakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kisah Rasulullah, nabi, sahabat dan pahlawan Islam juga akan dapat membantu anak-anak mencintai dan mencontohi sifat terpuji mereka.
    
     Ibu bapa juga boleh mereka sendiri watak yang boleh disesuaikan dengan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak. Anak-anak saya sudah mengenali watak Abu yang saya cipta. Ada banyak cerita mengenai Abu seperti Abu balik kampung dan Abu dapat adik baru. Cerita ini saya reka secara spontan ketika cuba menangani masalah anak-anak. Ia banyak mengandungi unsur nasihat dan humor yang disesuaikan dengan mesej dan nasihat yang hendak disampaikan. Cara ini lebih berkesan kerana ego anak-anak tidak menjadi penghalang mereka menerima nasihat berbanding menasihati mereka secara terus.Carilah cerita yang akan memberi manfaat dan mengandungi unsur humor yang dapat menarik perhatian anak-anak.
Apabila bercerita secara lisan, gunakan nada suara dan mimik muka yang sesuai supaya menarik perhatian, mudah difahami dan menyentuh perasaan. Elakkan cerita yang terlampau susah untuk difahami dan banyak mengandungi penafsiran yang belum mampu digarap oleh anak-anak. Jadikanlah bercerita satu aktiviti keluarga yang menarik dan disukai oleh mereka.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

nice lah cik yg mengpostkan artikel nih..


bagusla untuk yg bakal2 mendapat anak,dan buat yang mmg dah nak jadi mak tak lama lagi..opss.. buat yg nak jadi ayah pon same la..


byk sgt mak bapak abaikan benda2 simple macam ni..sedangkan anak2 dahagakan nak dari mak abah sendiri..last2 peranan mak abah diamek oleh bibik..mane la anak2 mesia skrg tak speaking jakarta.hukhuk..



 


 



__________________
junjung panji allah selagi jasad bernyawa
Anonymous

Date:

Assalamualaikum warahmatullah...


betul tu am aka veteran member. ibu bapa hari ni mungkin alpa dengan tugas mereka menceritakan kisah2 teladan terutamanya dari Al-Quran. bukanla aku bagi fatwa wajib plak bercerita kepada anak2 tu, tapi at least tu sebagai salah satu method berkesan untuk mendidik anak. takde la nanti speaking bali ke jakarta ke plak...


 


maassalaamah.


-insaan addhaif-


 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

erk.. dah veteren ghopenye..



__________________
junjung panji allah selagi jasad bernyawa


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

Assalamualaikum


Sem baru dh start-kna blaja rajin sket-grad cepat sket-keje-.....


Am, ko dok Mesia br ble muda remaja cm aku


Selain cte2 cm Yusuf & Zulaikha, Ibrahim & Berhala, Musa & Firaun, ada gak cte Nabi Sulaiman & Semut & Burung Hud2, Kapal Nuh, Yunus & Ikan Nun...budak2 ske cte2 binatang cm2-ala cm kita gak la, kalu x nape kita tgk katun Madagascar?


@pn biasakn diorg dgr lagu2 yg ada nilai2 positiv cm Sepohn Kayu Daunnya Rimbun, My Mother, Sifat 20..Menuntut Ilmu dr Buaian ke Lahad- so dodoikn diorg ngn selawat sblm tdo pn ble drp lg Twinkle2 Little Star..kn Bulan(Badr) lg dkt ngn kita drp Bintang(Star)?


K la..mbebel byk2 pn xbagus utk pndgrn gak..panas je tlinga cm bgayut guna henpon


Alles Gute!



__________________
Anonymous

Date:

zaman dulu, sebab hebatnye usaha tarbiah dalam rumah, jangankan rumah orang Islam, dari rumah orang kafir pun boleh lahir personaliti hebat2 yg naikkan agama...


zaman sekarang, sebab lemahnye usaha tarbiah dalam rumah, jangankan rumah orang kafir, dari rumah2 ustaz2 pun bole lahir personaliti yang engkar perintah agama...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard