Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah seram...kehadiran entiti dikesan


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:
kisah seram...kehadiran entiti dikesan


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang
pada  tahun 1973.Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah pekan yang  bernama Kampung  Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). 
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar.  Budak itu  adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar
seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan
tidak pernah  didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah
lubang dinding yang agak usang.

Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh
kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan
cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya  dia
ketemu,
dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut
bukan lah  Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya  kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk itu dibaluti oleh kain  putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang
kearahnya.Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh
terus  melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui
bapanya  dan menceritakan kepada bapanya.  Bapanya sekadar tersenyum
seraya  memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar...  Bapanya mengatakan
bahawa
Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan
apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan
mengubati orang tersebut.
dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan
pada
orang  kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan,
tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan
peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu kata
hatinya. Selepas makan
Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan
mata  dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba
membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali... Salleh pun cuba
bertempik
untuk
memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.
Dia
cuba membaca ayat suci yang diingatinya.  Akhirnya dia dapat
berteriak
memanggil bapanya.
Kemudian dia pengsan. Apabila dia membuka matanya dia dapati
rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut
nama
Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum
dan berkata
sabar segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besok
nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin kemasjid. Dia menanya
bapanya
apa
yang berlaku.

Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita
menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan
penuh
dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah
kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti
bapanya. Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang
sedang
mengali kubur.

Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang
bertempik .... apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat tetapi
dihalang oleh bapanya Salleh cuma melihat dari jarak
beberapa kaki
dari
kubur tersebut.
Dia melihat orang-orang dewasa seperti mengangkat sesuatu.
Melihat
dari mimik muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang
sangat
besar
jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah
menghubungi
saya di talian bebas tol : 603-5111055-238

                  Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
                   Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
                     Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
                 Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus


Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja.


 Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI......


UBI...

SAPER NAK BELI UBIIIII.....


hehehe...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard