Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bersediakah kita untuk berangkat?
Anonymous

Date:
Bersediakah kita untuk berangkat?


Assalamualaikum.......

SATU PENERBANGAN...

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain
Di mana layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Ramai yg dok perkatakan "bersiakah anda utk MATI?"

Tapi tak ramai yg nak pikir "bersediakah kita utk HIDUP?"

Walhal hidup itu lebih lama dari mati.. Kenapa cakap mcm tuh? Sbb mati itu hanya PERALIHAN dari alam nyata ke alam yg lain. Tapi kita still HIDUP kan di alam lain? Maka kenapa nak pikir pasal MATI yg TERLALU SEKAJAP? Walhal yg paling utamanya ialah HIDUP YG LEBIH LAMA..

Sekadar pandangan..

__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!! (Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard