Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kitakah yg BODOH itu??
Anonymous

Date:
Kitakah yg BODOH itu??


Artikel ini sy cut n paste from a friend...


-start-


Apabila ditanya oleh wartawan asing mengenai
kesan
kenaikan harga minyak ke atas ekonomi negara,
jawab pemimpin Malaysia seperti ini - "Kita tidak
akan mengalami masalah kerana Malaysia ialah
sebuah negara net producer untuk petroleum
(hasil eksport melebihi kos import untuk minyak)".

Apabila ditanya rakyat, kenapa harga petroleum
dinaikkan, ini pula jawapannya,

"Adalah tidak adil untuk kerajaan menanggung
subsidi untuk harga minyak yang diimport untuk
kegunaan rakyat. Lebih baik kita channel wang
tersebut kepada pembangunan negara seperti
membuat jalanraya, hospital dll.".

Di manakah kelebihan rakyat yang dilahirkan di
negara yang
dianugerahkan Tuhan dengan minyak ini? Situasi
ini boleh difahami jika dihadapi oleh rakyat Jepun
atau Singapura yang tidak mempunyai hasil
galian minyak asli. Bagaimana pula dengan
penggunaan wang hasil dari export Petroleum
untuk menyuntik dana ke dalam bank yang rugi
akibat mismanagement? Bagaimana dengan
penggunaan wang petroleum untuk membina
bandar pentadbiran Putrajaya?

Adakah ia adil?

Nampaknya semua perkara adalah adil dan "fair"
selagi rakyat marhain
yang tidak mendapat manfaat tersebut. Adakah
keuntungan dari ekspot
Petroleum tadi menjadi kurang apabila diambil
sedikit hasilnya
untuk manfaat rakyat marhain seperti memberi
sedikit subsidi untuk harga petrol?


Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak,
rakyat Malaysia menanggung beban pula bagi
menampung "national pride" seperti Proton.

Separuh dari gaji bulanan rakyat digunakan untuk
membayar installment
bulanan kereta.

Akibat dari tekanan kewangan, scrap metal
(kereta potong) `half cut' dibawa masuk ke
Malaysia. Besi buruk yang dibuang oleh
pengguna di
Jepun, Singapura dan Eropah dibawa masuk ke
Malaysia untuk diguna pakai oleh rakyat.

Komponen-komponen enjin yang terbuang ini
digunapakai kembali, mungkin
terdapat juga kereta yang telah terbabit
kemalangan dan sebagainya. Apa nak buat,
kalau nak source yang baru, harganya sama
dengan
satu tahun gaji terkumpul. Keselamatan rakyat
sendiri terabai kerana
menanggung kos "kebanggaan negara". Besar
sungguh pengorbanan rakyat
negara ini untuk memuaskan nafsu dan
menampung kesilapan pemimpin
negara.

Di negara Britain pula, harga kereta Waja sekitar
8 ribu pound
sterling.

Gaji purata seorang eksekutif yang berumur 30-
an tahun di Britain ialah sekitar 5 ribu pounds.
Waja untuk edisi ekspot mempunyai 4 airbags,
ABS dan pelbagai ciri keselamatan. Full warranty
(body,
engine, gearbox and everything) untuk kereta
Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam masa
tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak
(kecil atau besar) akan ditanggung oleh Proton.
Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam
tahun (sepanjang hayat kereta).

Jika saudara-mara Tony Blair, Michael Howard,
Jack Straw atau sesiapa jua mat saleh di UK
memiliki Waja berusia 5 tahun, kemudian enjin
atau gearbox tidak berfungsi, Proton akan
menggantikan komponen terbabit tanpa kos.
Menurut majalah "car review" di UK, tiada
pembuat kereta lain di dunia ini yang memberi
warranty sebegitu
komrehensif dan menarik kepada pembeli.
Siapakah sebenarnya "hamba
abdi" yang menanggung kos terbabit? Rakyat
negara manakah sebenarnya yang menanggung
beban kewangan (dan bebanan mental) untuk
mambayar harga bagi memberi keselamatan dan
keselesaan kepada pembeli kereta Proton di UK?

Adakah patut kita berbangga kerana negara
kita "mampu" membuat kereta?

Adakah negara seperti Austria, Norway, Finland,
Kanada, Denmark, Switzerland, Taiwan dan
bayak lagi negara maju lain tidak "mampu"
membuat kereta yang menyebabkan mereka
tidak mempunyai projek kereta
"nasional"?

Adakah rakyat dan kerajaan Britain "tidak
mampu" menanggung beban
kewangan syarikat Jaguar, Bentley, MG, Rover,
RollsRoyce, Lotus
dll. sehingga mereka "menggadaikan maruah"
negara dengan membenarkan
syarikat asing memiliki stake dalam syarikat-
syarikat tersebut? Ini bukan soal mampu atau
tidak, ini soal bodoh atau cerdik. Juga
persoalannya ialah adakah negara meletakkan
kepentingan rakyat marhain mengatasi
kepentingan yang lain?

Thailand yang mengamalkan dasar polisi pintu
terbuka
untuk industri automotif telah berjaya menarik
syarikat asing seperti
Honda, GM, Ford, BMW dan sebagainya ke
negara tersebut untuk membuka kilang dan pusat
R&D masing-masing. Jika projection (jangkaan)
Proton
diambil kira, menjelang tahun 2010, Proton akan
berjaya mengekspot 45,000 buah kereta.
Thailand pula akan berjaya mengekspot 250,000
buah kereta.

Walaupun kereta yang diekspot dari Thailand
adalah berjenama Honda, Chevrolet, Toyota,
Ford dll., kandungan bahan tempatan (Thai
contents) di dalam kereta tersebut mencapai
sehingga 85%. Kereta yang diekspot oleh Proton
pula, walaupun berjenama dan logo tempatan
(kepala harimau disembelih), kandungan
tempatan (local contents) belum tentu boleh
mencapai figure setinggitersebut.

Di Malaysia, syarikat asing hanya membuka
assembly plant (tempat pemasangan) untuk
kenderaan mereka dengan mempunyai satu
tujuan sahaja -iaitu menjadikan keluaran mereka
status CKD (complete knockdown) supaya cukai
boleh dikurangkan. Kesemua mould dan
expertise telah siap di-developed di Thailand atau
Jepun. Kereta Honda City ialah contoh product
Thailand.

Ia dibina dari scratch di Rayong, Thailand.
Komponen-komponen
kemudian dibawa ke Malaysia,

Filipina, Indonesia untuk pemasangan. Kereta
yang siap dipasang di Thailand diekspot ke
seluruh dunia termasuk Jepun! Tiada satu
Honda City yang dipasang di Jepun. Honda City
di Jepun ialah sebuah
kereta CBU dari Thailand. Bilangan pekerjaan
(job creation) untuk
rakyat yang terhasil dari dasar automotif Thailand
berlipat-lipat kali ganda jika dibandingkan dengan
Malaysia. Thailand is known as "Detroit of Asia"
and soon will join the league of Japan and South
Korea as world-class car producers.


Hanya rakyat Malaysia (terutamanya Melayu)
sahaja yang menjadi seperti"vulture" atau gagak
yang merobek-robek longgokan sampah besi
buruk yang dilusuh (scrap) oleh penduduk negara
lain. Di dalam
longgokan sampah sarap besi buruk inilah rakyat
Malaysia menjumpai
alternator, pulley, pump dan sebagainya. Itu pun
harganya bukanlah semurah yang disangka. Jika
alternator yang baru kosnya RM1000, Ah Leong
atau Chong di kedai potong(half cut) tadi akan
menjual kepada kita barangan buangan tadi pada
harga sekitar RM550.

Jika selepas seminggu menggunakan barang
buruk dan terbuang tadi, ia
menjadi rosak, kita sendiri yang menanggung
kerugian. Ini kemudiannya akan menyumbang
pula kepada statistik pesakit mental.

Secara ikhlas saya nyatakan, saya tidak pernah
terjumpa rakyat di
mana-mana negara di dalam dunia ini yang
dilayan sebegitu hina dan reckless sekali, seolah-
olah mereka semua ini adalah kambing atau
lembu (atau b_b_) di ladang. In other countries,
their people have dignity and are treated with
honour. Negara Komunis yang selalu di-
demonised oleh rakyat negara ini (akibat
propaganda) melancarkan projek kereta nasional
untuk membantu rakyat, bukan untuk memuaskan
nafsu ego sesiapa.

Kereta LADA (bekas SovietUnion) dan Yugo
(bekas republik Yugoslavia)
dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat
marhain memiliki kenderaan. Kereta tesebut
simple dan murah, tetapi tujuannya ialah supaya
petani, nelayan juga boleh memiliki kereta.

Akhir sekali, saya menyeru kepada golongan
pemerintah dan elitis supaya mengembalikan
tenaga yang telah anda terima dari bumi ini
kepada penghuninya. ENERGY RECEIVED
ENERGY RETURNED!

Sekian.

Hamba Tuhan yang kerdil.

-end-



__________________
Anonymous

Date:

wow..this is really an eye-opener...


apa kata kita tanya org petronas sket..any utp student nak bg komen..? ..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Aku.. Smpi skrg tak grad2 lg nih.. Pesal?
Oh.. Komen..?
Senang je..

"CAKAP BANYAK TAK GUNA KALAU SETAKAT CAKAP JE.. NAK CAKAP BANYAK, JADI LA PERDANA MENTERI DULU, BARU TAU LANGIT TINGGI KE RENDAH.."
Wahahahah!!

Kita tgk keadaan dari sudut student (atau rakyat biasa). Tak pun atas artikel yg orang tulis yg kita sendiri tatau ntah betul ke tak. Cuba tgk dr sudut pemerintah plak kalau kita yg jadi pemerintah.. Mcm mana?

__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!! (Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard