Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah benar


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
kisah benar


Kisah benar --- nasi lemak Kg. Baru.. (bukan nak
ngater)


Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi
Lemak di Kampong Baru, kedai makannya
sungguh laku dan pelanggan setiap hari
memenuhi kedainya
untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari.
Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-
temurun merupakan strategi utama menyebabkan
nasi lemak
beliau laris. Tanpa pengetahuan orang ramai,
rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan
itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai
pelaris
untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai
ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi
lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah
lama mengaut keuntungan hasil menipu orang
ramai, Kak Kiah (nama betulnya
perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan
umrah di Mekah
menggunakan hasil perniagaan beliau.
Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah,
anak sulongnya
menyatakan bahawa ibunya meraung-raung
kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai
diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa,
maka beliau
memanggil orang kampung termasuklah saya
(penulis) ke rumah untuk membantu.
Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah
sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini. Saya
sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu
hujan renyai
masih belum berhenti di sambut pula dengan
raungan Kak Kiah yang semakin
kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah
masuk ke rumah 2 tingkat
Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-
jiran sudah ramai menunggu
didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6
orang lelaki memegang tangan
dan kaki beliau. Saya mengambil tempat
dikepalanya dan
melihat badannya berpeluh-peluh manakala
kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya
meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa
dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak
menjadi masalah kerana merupakan bahan yang
digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada
permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin
kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh
terkejut saya apabila beliau menjelirkan
lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang
seperti ular. Tanpa membuang masa saya
menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu
dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah
semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik
lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya
mencurahkan santan ke
badannya,
Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.
Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan
asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau
yang busuk tadi telah berganti bau wangi
umpama lemak yang datang daripada bawah
tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam
berkenaan.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati
dibawah tilam beliau, penuh
dengan .........................
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *
> > > *.............................. Nasi Lemak.
> >
> >
Heh...Heh...Heh...Jangan mare ...... Dah! Pergi
buat keje tu haa


kenapa aku rasa cam pos salah tempat jek nih???ehehehhee saja nak pekena korang..uhuhu




__________________
apa ada hal??
Anonymous

Date:

ahahaha ...aku dah agak dah...bomoh mana le tabur ikan bilis dgn santan pebende sume tu...takat telur, masuk akal lagi...ada unsur mistik sket telur ni...ikan bilis dgn santan nampak le sgt nak buat nasi lemak...
good try..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard