Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: a good piece
Anonymous

Date:
a good piece


Petikan ini diambil dari fotopages Faizal Bin Abdul Karim

Apa yang diketahui dikongsi bersama, menjadi rujukan sekelian taulan.


MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI...
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua
kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya
diperuntukkan untuk >meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak
perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah
kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja.
Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang
`antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka
melarangnya. Tak boleh - nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya
tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina
nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis
diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa,"
balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita..."

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya
jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian... Tentangannya
lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya
perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula
mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar
teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-
barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh
sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh
konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah,
sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat
membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah... agar kita menilai semula benar-benarkah
kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun
kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang
amat perlu."

"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul
dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini
tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih
marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak
esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta
mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu,
marah
kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi
kalau marah saja, belum tentu ada cinta... "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang
berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah?
Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir.
Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola
berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas
rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia
nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani
mengusiknya, apalagi nak menghinanya..."

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu,
barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan
musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak
benar-benar mencintainya!"

"Dan... bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan
mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana
benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!


********************************************************************
Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia.




__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

agaknye org yg ckp dia protes dgn cintakn nabi 2 betul2 cintakn nabi ke?


hmmm...


air mmg ble padamkn api...tp depends gak...


1-1=0 tp 5-10=-5 kn?


 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Kalau ambil tindakan mudah:

TAK PAYAH MARAH..
Tak payah marah kerana cinta, tak payah marah kerana emosi..
Buat mcm biasa je..

Tu mcm mana pula?

__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!! (Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard