Peliknya umatku.... Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (alamak! terkena!)
Peliknya umatku.... menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umatku.... sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.
Peliknya umatku.... gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.
Peliknya umatku.... sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.
Peliknya umatku.... setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al- Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.
Peliknya umatku.... setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid
Peliknya umatku.... setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah kata orang islam, nak pada islam.
Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan.....
Ada satu lagi benda pelik.. Kenapa ramai yg post kat sini, tapi tak mau register nama? Kenapa tak suka pakai nama (atau at least nickname)? Kalau atas alasan nak cerita satu benda yg berkaitan dengan diri, tapi nak rahsiakan identiti diri, tu lain la cerita. Tapi bab nak bagi pandangan yg elok, nak post benda elok utk dikongsi dengan orang lain, takkan itupun tak mau pakai nama langsung? Pelik.. Pelik..
Pelik kerana penat2 mak ayah cari nama yg elok2, yg baik utk anak, tapi anak tak mau guna nama tu. At least nickname mcm "PIUN" (hafiz + harun) pun kira ok la jugak. Bermakna bangga la jugak pakai nama yg mak ayah bagi (walaupun diringkaskan). Yg peliknya, "anonimous" jugak yg dipilih.. Pelik.. Pelik..
__________________
You laugh at me because I AM DIFFERENT.. But I laugh at you because YOU ARE ALL THE SAME!!
(Genjo Sanzo - Gensomaden Saiyuki)
orang tak nampak nikmat yang tuhan janji.tak macam nikmat tgk bola etc.dapat rasa terus.sbb tu orang sanggup.kalau la dapat rasa nikmat syurga sket je, alamatnye, bertimpa2 la masjid org pakat berduyun2 serbu=p pakat abis la maksiat2 terang dan jelas kat taman bunga, air terjun semua=p