Semua manusia ada rahsia. Bila dah namanya rahsia, sudah tentu tak boleh diberitahu org. Yang empunya rahsia, ada hak nak menyampaikan kepada sesiapa yang dia suka. Dah rahsia dia, so hanya dia yang berhak menyimpan dan memberi. Tapi kadang2 sesetengah manusia susah nak terima kenyataan ni. Especially bila rahsia dah jadi ‘rahsia ramai,’ tiba2 dia sorg je yang tak tahu. Kalau bukan sorg, berdua. Tak pun bertiga. Lalu bila rahsia dibuka kepada khalayak, apabila perahsia dah bersedia membuka rahsia, timbullah cakap2 yang tak sedap telinga mendengar. Lerr..rupenya dah ramai yang tahu yek. Ada jugak yang sedikit rebellious sebab bagitau lambat sgt, kenapa dia jadi org last yang tahu. Walaupun tak ckp straight, tp dpt agaklah. Gaya sedikit melenting. Bila ditanya terasa ke, dia ckp 'lepas ni nak jadi apa2 kita tak kisah, i'm not involved.' Baca: "i dont give a damn." Kadang2 aku heran ada jugak manusia yang mcm ni. Cakap tak reti nak pikir. Main cakap je tapi lupa yang manusia lain pun ada perasaan. Jadi org mcm ni nak kene terima kenyataanlah yang rahsia tu memula dulu bukan milik dia…mintak maapla yek…
Kalau ada manusia yang mampu mengaku ‘saya ada kebolehan puaskan hati semua org’ I would go to him/her utk menuntut. No, I don’t think there is. Manusia ni pelbagai. Kalau tak kene gaya, ramai gakla yg merajuk/terasa. Nak2 dlm bab menyimpan rahsia ni.
Mungkin dia nak cerita pada org yang betul2 dia percaya, esp org yang dia rasa dpt faham situasi tu dan dpt bg nasihat berguna utk dia.
Dia terkantoi, tak reti nak cover.
Dia terpaksa jugakla cerita sebab org yang dipercayai tadi dah tercerita kat orang lain. Maka jadilah rahsia tadi ‘rahsia umum.’ Diceritakan kepada org kedua dengan janji /amanah supaya disimpan; kemudian org kedua bercerita kepada orang lain dgn harapan org yang mendengar membuat perjanjian yang sama. The chain goes on and on. Maka jadilah rahsia tadi ‘telefon berkarat.’
Eavesdropping…haha..yang ni taknak komen…
So, sesapa yang ada rahsia tu pandai2lah simpan. Tapi lumrah manusia ni, especially perempuan, mesti nak share ngan org lain. So kalau nak share jugak, bagitaulah kat org2 yang betul2 dipercayai, best friend ke, mak ke…tak gitu? Gitu….