Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bahana tidur selepas asar(x semayang asar plak tu)


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
bahana tidur selepas asar(x semayang asar plak tu)


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
 "Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
 "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik
kerana
  dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
 "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."  Julia hanya tersenyum melihat
  suaminya itu melayan karenah an! ak-anak mereka yang comel dan
manja.
  "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru
kali
  ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada
isterinya
  tercinta.
 Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang
empat
  jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga
dengan
  isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad
berkata
  dalam hati.
 Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama
  keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak
sabar
  untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda
 Civicnya ! mula memecut.Ahmad cilok   kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu.  Terlupa dia
sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
 "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga
dari
  tidurnya.
 "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung
  nanti."
 "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat
bang,
 Julia takut."   Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
  kenderaannya.
 "Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres
di
  depannya tanpa was-was.

  "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah
berjaya
  memotong bas ekspres tadi.

  "Sudah la tu bang."
  "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong
dia
  aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga
jejak
ke
  lantai.  Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di
depannya
  tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

 "Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang
Ahmad
  mak?  Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana
anak-anak
saya
 mak?"  Bertu! bi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
 kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya
  memandang Julia tepat-tepat.

 "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus
 menangis.
 PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Julia
  terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
 "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun
malas,
  kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau
ni??
Tu
 la, tidur lagi  senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!
Asar
 pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar.......
 dan Julia tersengih keseorangan.Rasa  macam nak masuk dalam tin
biskut!
"
  Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang
oleh
 ibu anda


__________________
apa ada hal??
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard