Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wajarkah jarum suntikan dan kondom diberi percuma????
Anonymous

Date:
Wajarkah jarum suntikan dan kondom diberi percuma????


Ini adalah memorandum ABIM


www.abim.org.my


Memorandum : Memorandum ABIM Terhadap Cadangan Program
Perintis (Pilot Programme) Kementerian Kesihatan
Malaysia Untuk Mengurangkan Jangkitan HIV/AIDS di
Malaysia
 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) difahamkan
menerusi media cetak dan elektronik bahawa Kementerian
Kesihatan Malaysia mengusulkan satu cadangan untuk
melaksanakan program perintis bertujuan mengurangkan
jangkitan HIV/AIDS di Malaysia.

Cadangan tersebut ialah mengagihkan secara percuma
jarum suntikan, kondom dan sejenis dadah “methadone”
untuk mengurangkan ketagihan dadah, kepada sejumlah
1,200 orang penagih dadah menerusi 10 klinik kerajaan
dan 10 klinik swasta di empat (4) zon di Semenanjung
Malaysia iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan
Zon Timur., mulai Oktober 2005 nanti selama enam (6)
bulan.

2. Media juga melaporkan bahawa seandainya program
perintis ini berjaya, program ini akan dilaksanakan
secara lebih menyeluruh. Cadangan ini dilaporkan media
akan dibincangkan di mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan
dan Rawatan Majlis Tindakan Membasmi Dadah yang
dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri sendiri, sebelum
dikemukakan ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Pengumuman
cadangan ini secara terbuka dikatakan bertujuan untuk
mendapatkan maklumbalas (feedback) dari masyarakat
Malaysia.

3. Berdasarkan kepada fakta cadangan tersebut dan
maklumbalas dari rakyat Malaysia pelbagai agama,
budaya dan kaum, serta para pemimpin masyarakat, ABIM
merasa bertanggungjawab untuk mengemukakan pendirian
dan pandangannya seperti berikut:

a. Ada yang menganggap bahawa pengagihan kondom adalah
langkah pragmatik kerana hakikatnya manusia akan terus
melakukan amalan seks. Bagi mereka yang bersetuju
dengan kaedah ini, pemberian kondom untuk menggalakkan
seks rambang perlu dibezakan dengan pemberian kondom
untuk mencegah wabak jangkitan HIV.

Pendirian ABIM: Kaedah ini akan hanya menggalakkan
gejala maksiat dan perzinaan, khususnya di kalangan
penagih dadah dan/atau pelaku seks yang tidak
bernikah. Bagi mereka ini, sememangnya tidak ada
perbezaan langsung sama ada pemberian kondom tersebut
adalah untuk pencegahan HIV atau meningkatkan aktiviti
perzinaan. Mereka akan tetap melakukan seks rambang;
yang bezanya ialah kali ini mereka dibekalkan dengan
kondom secara percuma dari sumbangan dana rakyat
(public funds) seperti pembayaran cukai pendapatan dan
pelbagai bentuk cukai lain. Statistik yang ada belum
cukup kuat untuk membuktikan progam ini berjaya
mengurangkan pesakit ini.

Kaedah ini akan hanya akhirnya membina sebuah
masyarakat permisif, yang terpaksa berkompromi dan
merelakan sesuatu kemungkaran atau keburukan untuk
menjustifikasi sesuatu yang belum terbukti kebenaran
dan keberkesanannya.

b.Ada juga yang mengatakan bahawa sudah ada kajian
yang membuktikan penurunan jangkitan HIV di
bandar-bandar yang melaksanakan program pengedaran
jarum berbanding dengan bandar-bandar yang tidak
melaksanakan program ini. Menurut pandangan ini lagi,
pengedaran kondom di kalangan penagih dadah HIV
positif dapat mengawal jangkitan HIV daripada merebak.
Di antara negara-negara yang berjaya mengawal wabak
HIV melalui pendekatan ini ialah Australia dan
Thailand. Negara Iran dan Bangladesh juga dikatakan
telah melaksanakan kaedah ini berdasarkan beberapa
prinsip asas Islam seperti prinsip darurat yang
terpaksa dilaksanakan dalam keadaan luar biasa di mana
ratusan ribu insan terkorban. Turut dikemukakan bahawa
75% daripada mereka yang dijangkiti HIV (yang setakat
ini melebihi 61,486 orang) ialah penagih dadah.

Pendirian ABIM: Kerajaan perlu mengenalpasti terlebih
dahulu apakah punca utama merebaknya wabak HIV ini di
negara kita. Sekiranya yang dijangkiti HIV itu
majoritinya adalah penagih dadah, maka barangkali
program perintis ini boleh dipertimbangkan untuk
dilaksanakan dengan pemberian jarum suntikan terlebih
dahulu secara terkawal, sepertimana yang diutarakan
oleh Dato’ Dr Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan. Tetapi kaedah ini perlu dilaksanakan
dengan menekankan aspek-aspek kaunseling, nasihat dan
pendidikan kerana aspek-aspek ini lebih penting untuk
keberkesanan jangka panjang.

c. Mereka yang mendokong cadangan ini menyatakan
bahawa kaedah pengagihan kondom secara percuma telah
berjaya di negara-negara luar, dan dengan demikian
perlu ditiru pelaksanaannya di Malaysia.

Pendirian ABIM: Kaedah pengedaran kondom percuma
kepada penagih dadah kononnya berjaya dilaksanakan di
negara-negara luar kerana majoriti yang dijangkiti
HIV/AIDS adalah mereka yang mengamalkan seks rambang.
Tetapi gejala ini agak berlainan dengan keadaan dan
budaya di negara kita. Hakikat ini juga telah
diperakui oleh YB Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri. Meniru eksperimen sebegini
di negara-negara lain secara semberono belum tentu
dapat menjamin keberkesanannya.

d. Ada juga pandangan yang menggalakkan program terapi
penggantian dadah dengan memberi sejenis dadah
“methadone” yang dikatakan mampu mengurangkan
ketagihan.

Pendirian ABIM: Kaedah ini akan hanya melanjutkan
ketagihan dadah kerana yang berubah hanyalah jenis
dadah. Tetapi ketagihan tetap akan berlaku. Secara
logiknya, penagih dadah ini akan hanya mempelbagaikan
ketagihan bahan-bahan lain seperti ketagihan menghidu
gam, ubat batuk dan seumpamanya. Sesungguhnya kita
tidak boleh memadamkan api dengan api (fighting fire
with fire).

Yang turut menjadi isu di sini ialah dengan pengagihan
jarum suntikan dan dadah “methadone” oleh Kerajaan.
Apakah para penagih ini akan didakwa sekiranya
ditangkap memiliki dadah? Apakah akan wujud apa yang
disifatkan sebagai najis dadah yang haram atau najis
dadah yang halal? Malah ABIM memandang berat kenyataan
konvenor Malaysian Harm Reduction Working Group bahawa
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Dangerous Drugs Act 1952)
perlu dipinda untuk membolehkan cadangan ini
dilaksanakan. Ini merupakan satu lagi langkah
berkompromi dan permisif terhadap gejala
penyalahgunaan dadah. Lebih parah lagi sekiranya pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah
Kebangsaan (ADK) terpaksa melonggarkan usaha
penangkapan penagih dadah. Akhirnya, hanya segelintir
rakyat Malaysia yang menagih dadah mendapat manfaat
penyalahgunaan dadah secara percuma tajaan negara,
manakala rakyat terbanyak yang lain terpaksa
menanggung bukan hanya risiko jangkitan HIV bahkan
risiko terperangkap dalam gejala penyalahgunaan najis
dadah halal.

e. Kementerian Kesihatan telah menganggarkan bahawa
kos pelaksanaan cadangan kaedah ini adalah lebih
kurang RM 145 juta (untuk 1,200 orang penagih dadah)
setahun.

Pendirian ABIM: Sekiranya kaedah tersebut diperluaskan
kepada 70,000 orang pengidap virus HIV, maka anggaran
kos pelaksanaan kaedah ini adalah berjumlah RM 8.5
billion setahun. Ini tidak termasuk pelbagai kos lain
yang berkaitan dengan langkah mencegah penyalahgunaan
dadah seperti kos pembinaan lebih banyak pusat
serenti, kos pengoperasian pusat serenti, kos
penguatkuasaan dan penangkapan penagih dadah, kos
mewujudkan pusat pengagihan jarum suntikan, kondom dan
dadah “methadone” dan seumpamanya.

Jelas bahawa kos yang sebanyak itu bukanlah satu
penjimatan dan pasti akan menjejaskan pengurusan
kewangan Kerajaan. Akhirnya ialah kemungkinan Kerajaan
terpaksa menimbang kenaikan cukai pendapatan dan
pelbagai cukai lain atau mengorbankan projek-projek
kemudahan kepada rakyat hanya untuk membiayai
pelaksanaan eksperimen kaedah yang dicadangkan oleh
Kementerian Kesihatan ini.

4. Sehubungan ini, adalah dicadangkan bahawa
langkah-langkah berikut dipertimbangkan di dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan dan Rawatan Majlis
Tindakan Membasmi Dadah yang akan datang:

a. Ketiga-tiga kaedah yang dicadangkan ini merupakan
kaedah yang kurang berkesan berbanding dengan kaedah
yang telah jelas terbukti iaitulah perubatan
terapeutik (therapeutic medicine) sepertimana yang
berjaya dilaksanakan dengan berkesan oleh PEMADAM dan
Pengasih.

Paling minima, ketiga-tiga kaedah yang dicadangkan
oleh Kementerian Kesihatan ini hanyalah penyelesaian
second best kerana yang ditanganinya hanyalah gejala
(symptoms) dan bukannya punca serta kesan ketagihan
tersebut, yang sememangnya lebih bersifat jangka
panjang.

b. Pemberian kondom sekiranya hendak dilaksanakan juga
perlulah dikawal hanya kepada penghidap HIV yang telah
berumahtangga untuk mengelak isterinya yang sah dari
dijangkiti virus HIV. Pengagihan kondom kepada mereka
yang sememangnya mengamalkan seks rambang akan
menggalakkan lagi mereka melakukan hubungan sekd luar
nikah. Bagi umat Islam, keinsafan dan kesedaran perlu
dititikberatkan kepada para penghidap HIV kerana virus
HIV merupakan satu musibah atau bala bagi sesetengah
pihak yang enggan dan engkar di atas perlakuan mereka
sendiri. Namun secara khusus bagi golongan isteri yang
dijangkiti menerusi suami mereka, pemberian kondom
mungkin boleh dibenarkan, dengan syarat bahawa rawatan
kepada suami yang dijangkiti HIV itu dilakukan
serentak.

5. Sesungguhnya rakyat tidak dapat diyakinkan bahawa
kaedah-kaedah ini merupakan penyelesaian kepada krisis
ketagihan dadah dan jangkitan wabak HIV. Meskipun
kaedah-kaedah ini cuba dihujahkan sebagai langkah
pencegahan, tetapi ternyata dari fakta cadangan
tersebut, yang akan diagihkan jarum suntikan, kondom
dan dadah gantian ini adalah di kalangan mereka yang
telahpun dijangkiti HIV. Maka hujah “preventive is
better than cure” sudah tidak lagi relevan. ABIM akur
dengan pendirian majoriti rakyat yang tidak dapat
menerima cadangan kaedah ini. Dalam pada itu,
pandangan Timbalan Pengerusi PEMADAM bahawa cadangan
kaedah ini telah terbukti tidak berkesan di banyak
negara-negara lain perlu juga diambilkira.

7. Kita mendapati model yang telah dimulakan oleh
Barat ini tidak pernah menampakkan kejayaan dan
perubahan dalam masyarakatnya, apakah kita (rakyat
Malaysia) akan boleh berubah berdasarkan kaedah mereka
?. Kita tidak perlu mengikut model Barat. Kita
seharusnya mengajak rakayat mengelakkan tingkahlaku
yang boleh membawa kepada epidemic tersebut. Adakah
logik seseorang itu apabila semasa berkongsi jarum
(disebabkan isi yang sama/jimat kos/dalam keadaan
khayal) punyai kesempatan untuk menukar jarum tersebut
? Apakah dengan memakai kondom, menjamin 100% tidak
berlaku jangkitan tersebut (disebabkan kebocoran dan
tidak pandai menggunakannya)? Jangan sampai rakyat
dapat merasakan bahawa kerajaan kini langsung tidak
lagi mahu berfikir dan tidak dapat mempertahankan lagi
nilai serta budaya, agama bangsa negara ini. Yang kita
dapat akhirnya, isu dan kos semakin meningkat,
cadangan yang merugikan umat khasnya umat Melayu
Islam. Adalah lebih baik sekiranya pengalaman program
pencegahan HIV-AIDS di Uganda yang telahpun diiktiraf
oleh WHO keberkesanannya.

8. Yang sewajarnya menjadi langkah-langkah pencegahan
(preventive measures) adalah penutupan
“saluran-saluran” yang akan melorongkan mereka kepada
jangkitan HIV (sama ada yang sudah dijangkiti mahupun
yang berpotensi untuk dijangkiti). Kaedah ini memang
dianjurkan oleh Islam dan disepakati oleh agama-agama
lain di dunia. Di antara langkah-langkah pencegahan
“saluran-saluran” tersebut ialah pembenterasan gejala
maksiat di pelbagai peringkat masyarakat, gerak-gempur
kepada sarang-sarang penagih dadah dan sarang maksiat,
penyederhanaan program dan budaya hiburan yang semakin
keterlaluan, dan seumpamanya. Di atas asas
pertimbangan inilah juga barangkali cadangan
Sahibus-Samahah Dato’ Seri Harussani Zakaria, Mufti
Kerajaan Negeri Perak, agar mereka yang dijangkiti
penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS
dikuarantinkan agar kaedah pengubatan terhadap mereka
ini boleh ditumpukan secara intensif dan jangkitan
dapat dikawal, seperti mana yang telah Kerajaan
laksanakan terhadap para pesakit tuberculosis (TB),
Japanese Encephalitis (JE) dan kusta.

9. ABIM dengan ini memohon pertimbangan Jemaah Menteri
untuk mengkaji semula kebijaksanaan dan keperluan
cadangan ini. Janganlah terburu-buru melaksanakan
sesuatu perkara sekadar untuk mempertahankan fakta
yang tidak tepat. ABIM menggesa agar cadangan ini
tidak dilaksanakan demi kebaikan umat seluruhnya. Dana
yang diperuntukkan ini boleh dimanfaatkan untuk
program-program perubatan ketagihan dadah yang sudah
terbukti keberkesanannya dan pembelaaan kepada mereka
yang telah terjebak dalam kancah pelacuran.

“Hadith dari Ibn Majah: If fahishah or fornication and
all kinds of sinful intercourse become rampant and
openly practiced without inhibition in any group or
nation, Allah will punish them and with new epidemics
and new diseases which were not known to their
forefathers and earlier generations.”

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia

AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung ABIM



__________________
Anonymous

Date:


kumpul jer kat pulau,then kat sana provide dadah free,jarum free,kondom free,cukup la complete set.dadah tuh ambik yang polis rampas tuh la.confirm ramai yg suka kena tahan.

pro nya:

-bagussss....pasal ramai yg nak kena tahan so kurang lah yg duduk bawah jambatan.
-takda la org curi besi,pecah rumah.pasal dapat dadah free. lebih suka dok pulau.
-mak bapak pon tak malu.pasal anak die hisap dadah org kg tak tahu!
-pengedar bankrap!pasal penagih semua nak dadah free polis bagi kat pulau.
-pengedar kena tukar profesion jual minyak urutka,jual tudung ka,worldd!...itu yg kita mahu....bila takder pengedar bersih la malaysia.

amacam ada berani laksanakan project nih?! Budak law UIA bagi komen sikit...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

hehehehe aku yg tulis opinion atas tuh,tapi tadi lupa log in..jangan marah aaa...
nani kena juai!

__________________
Duit ialah alat bukan matlamat.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard