1. Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya.
Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga
mawar. Loving
betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
2. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si
isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada
suaminya.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu
bersatu/ bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat
yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak
apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul
tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si
isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak
pe...tunggula
malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
3. Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa
dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan
terus
datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New
baby!Ayo.... saya
banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ?????????????
4. Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi
hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang
diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah
pencipta
lagunya.
5. Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu
hari
terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan?di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang
diperkatakan oleh
pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
6. Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk
memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek
ulang
tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter
kepada
lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,
kemudian
sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah,"
kata
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang
tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di
depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah
pengsan
ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA
BERTAMBAH CANTIK
DI BAHAGIAN BAWAH."
7. Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk
berkahwin
dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman
sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa
saja
kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah
abangmu. Tapi,
jangan beritahu ibumu ye!Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi
pula
kepada ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin
dengan
sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan
tak boleh
kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu
bukan
anaknya.
Suzy : Ha!!??!!